suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Maaf kecewakan papa” - Azeeva terima teguran Ameng soal aurat, dah mula beli tudung

Azeva (kiri) sedang berusaha untuk berubah ke arah lebih baik.

ANAK kepada penyanyi Ameng iaitu Azeva tampil memberi respons mengenai teguran bapanya itu berhubung penampilannya yang tidak berhijab.

Azeva atau Wan Azeva Natassha Wan Aminuddin, 25, berkata dia menerima teguran tersebut dengan hati terbuka dan mengakui kesilapannya, selain sedang berusaha untuk berubah secara perlahan-lahan.

“Saya nak cakap dekat papa (panggilan untuk Ameng), maaf kerana mengecewakan papa. Saya sangat bersyukur papa tegur fasal aurat. Saya tahu ia salah.

Azeva menghormati teguran yang diberi oleh bapanya.

“Saya pun sebenarnya tengah mencuba. Kalau anda kenal saya dulu, saya tidak menutup (berpakaian) seperti ini,” katanya kepada mStar.

Azeva berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Azeva menegaskan dia kini sedang melalui proses memperbaiki diri termasuk dalam aspek berpakaian dan hubungan dengan Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ameng ada hak tegur penampilan anak! A Aida minta peminat tak terus hukum… Azeva tidak pernah tinggal solat

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan salah anggap, Ameng dan Azeva tak pernah putus hubungan!

“Saya cuba untuk berubah secara perlahan-lahan. Saya cuma harapkan anda semua doakan.

“Insya-Allah satu hari nanti. Saya pun dah mula beli tudung, kadang-kadang pakai juga sebab suka pakai jubah dengan tudung,” ujarnya.

Sementara itu, Azeva turut berkongsi dia mula merasai perubahan dalam diri selepas melalui detik mencemaskan apabila ibunya iaitu penerbit Datuk A. Aida, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) tahun lalu.

“Saya rasa lebih dekat dengan Allah. Allah sentiasa ada dengan saya, lihatlah Dia bagi mama semula (sihat).

“Allah banyak beri rezeki pada saya. Saya harap orang dapat doakan yang terbaik buat saya dan mama. Mama pun dah pakai tudung. Jadi saya gembira sangat,” luahnya.

A. Aida (kanan) menjadi tulang belakang dalam karier Azeva.

Sebelum ini, ketika Ameng membuat siaran langsung di TikTok, ramai yang menasihatinya supaya menegur Azeva untuk berhijab.

Menurut Ameng, dia sudah beberapa kali menasihati anak perempuannya itu tentang pemakaian menutup aurat.

Untuk rekod, Azeva merupakan anak kedua hasil perkahwinan A. Aida bersama Ameng yang mendirikan rumah tangga pada tahun 1995.

Mereka kemudian berpisah selepas tujuh tahun bergelar pasangan suami isteri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain