suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ubai kena scam beli alat ganti kereta, penjual lesap lepas terima deposit RM50

Ubai jadi mangsa scam penjual di media sosial.

SUAMI kepada penyanyi Shila Amzah, Ubai, mendedahkan dirinya menjadi mangsa penipuan ketika membeli alat ganti kereta secara atas talian di laman Facebook.

Menurut Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 27, dia pada mulanya yakin dengan cara individu berkenaan berkomunikasi sehingga membuat bayaran pendahuluan.

Bagaimanapun, selepas wang dipindahkan, individu tersebut mula memberi pelbagai alasan sebelum menghilangkan diri.

Ubai kongsi kisah discam.

"Saya beli sparepart kereta dalam grup Facebook RM100. Cara borak dia memang meyakinkan.

"Jadi saya pun transfer RM50 dahulu sebagai deposit. Lepas dah transfer, lain pula ceritanya. Lepas itu terus ghaib,"  katanya menerusi hantaran di Threads.

Dalam perkongsian sama, Ubai turut memuat naik tangkap layar perbualannya dengan individu terbabit sebagai peringatan kepada orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Ubai pesan golongan muda berbelanja ikut kemampuan, sebelum pandu Mercedes hanya guna kereta ‘second hand’

ARTIKEL BERKAITAN: Ubai beli tanah tanam kelapa dan durian, rancang bina ‘homestay’... Jadikan David Beckham inspirasi

Tambahnya, kebanyakan penipu menggunakan modus operandi yang hampir sama dengan bertanyakan lokasi mangsa terlebih dahulu sebelum mendakwa berada di negeri lain.

"Dia akan tanya lokasi kita dahulu, kemudian cakap dia jauh dari kita. Contohnya kalau kita duduk Kuala Lumpur, dia akan cakap dia dari Terengganu," jelasnya.

Meskipun kerugian yang dialami tidak besar, Ubai berharap orang ramai lebih berwaspada agar tidak menjadi mangsa penipuan sama.

Ubai tak mahu orang lain jadi mangsa.

"Semoga merangkaklah kau dengan RM50 itu nanti. RM50 mungkin kecil bagi sesetengah orang, tetapi sangat besar bagi mereka yang memerlukan.

"Ini baru seorang. Bayangkan dalam sebulan berapa ramai yang dia berjaya tipu. Jadi pesan kepada ibu bapa dan ahli keluarga supaya lebih berhati-hati," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain