suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Air mata Marisa Yasmin sentuh emosi penonton, kongsi teknik berlakon babak sedih

Marisa ada cara tersendiri untuk mengalirkan air mata.

SEBAGAI pelakon berpengalaman, Marisa Yasmin mempunyai cara tersendiri untuk menghidupkan watak bagi mendalami setiap babak sedih yang dilakonkannya.

Berkongsi mengenai perkara itu, Marisa atau nama sebenarnya Marisa Yasmin Marriam Yaakob, 48, berkata terdapat beberapa teknik yang sering digunakan pelakon bagi menghasilkan emosi secara semula jadi tanpa paksaan.

Menurutnya, antara kaedah yang diamalkan adalah dengan menghayati watak sehingga emosi muncul secara organik selain mengimbas kembali pengalaman peribadi.

Marisa sentiasa berjaya membawa beremosi dengan baik.

"Ada beberapa cara pelakon menghasilkan air mata dalam babak tertentu seperti mendalami watak sehingga emosi muncul secara organik.

"Ada juga emotional recall daripada pengalaman," katanya menerusi hantaran di Threads.

Marisa berkongsi perkara itu sebagai menjawab pertanyaan seorang netizen yang ingin mengetahui teknik digunakan pelakon ketika menjayakan babak yang memerlukan mereka menangis.

ARTIKEL BERKAITAN: Babak jadi imam dikecam, Marissa Yasmin mohon ampun kepada Allah sebelum berlakon

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa Yasmin pernah berdepan lelaki narsistik, 7 bulan tahan sebelum ‘angkat’ kaki

Dalam pada itu, Marisa menjelaskan air mata dalam lakonan tidak semestinya lahir daripada perasaan sedih semata-mata malah boleh tercetus daripada pelbagai emosi lain.

"Air mata dalam lakonan bukan semestinya datang daripada kesedihan. Ia boleh lahir daripada kemarahan, kekecewaan, ketakutan atau kehilangan," ujarnya.

Tambahnya lagi, kebanyakan pelakon berpengalaman tidak lagi menjadikan air mata sebagai fokus utama ketika berlakon, sebaliknya lebih menitikberatkan penghayatan watak dan kejujuran emosi.

Lakonan Marisa dipuji dalam filem The Furious: Pertaruhan Maruah.

"Tapi selalunya pelakon yang berpengalaman tidak mengejar air mata. Mereka fokus kepada kebenaran emosi dan objektif watak. Bila emosi itu benar, air mata akan datang sendiri," ujarnya.

Terbaharu Marisa tampil dalam filem berjudul The Furious: Pertaruhan Maruah di mana dia berjaya membawa watak yang menyentuh emosi ramai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain