suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ryzall Noh cerewet rakam lagu, cari emosi sesuai dalam ‘Natijah Cinta’ 

Ryzal Noh lancarkan Natijah Cinta.

PENYANYI kelahiran Singapura Ryzall Noh tampil dengan lagu terbaharu berjudul Natijah Cinta yang disifatkan sebagai karya paling dekat dengan emosi dirinya.

Menurut Ryzall, lagu tersebut bukan sekadar berkisar tentang kisah cinta biasa sebaliknya membawa pendengar menyelami perasaan kecewa, kehilangan dan penerimaan apabila seseorang berubah dalam sesebuah hubungan.

"Natijah bermaksud keputusan, kesimpulan atau akibat daripada sesuatu peristiwa. Lagu ini berkisarkan realiti sebuah hubungan apabila janji yang dibina bersama akhirnya perlahan-lahan runtuh tanpa kita sedari.

Natijah Cinta tampilkan sisi lain Ryzall. 

"Saya yakin ramai boleh kaitkan lagu ini dengan kehidupan mereka sebab kadang-kadang orang yang paling kita kenal akhirnya menjadi orang yang sangat asing," katanya.

Bercerita lanjut Ryzall berkata, dia sangat tertarik dengan melodi serta lirik lagu tersebut yang disifatkan mudah melekat di hati pendengar.

"Antara perkara yang saya paling suka adalah melodinya yang mudah dihadam dan korus yang catchy.

"Saya juga suka emosi dan 'mood' yang ada dalam lagu ini. Dari melodi, lirik hingga susunan muzik, semuanya membawa rasa yang sangat jujur," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah hidup Farel Prayoga sentuh hati Umie Aida, sempat luang masa di Jakarta… Sudah anggap seperti keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Jarang ‘follow’ kisah artis, Syasya Rizal tunjuk bukti minat BTS... Beli tiket konsert bukan kerana FOMO

Tambahnya, lagu berkenaan turut menggabungkan elemen pop rock dengan sentuhan bunyian 90-an dan moden bagi menghasilkan identiti tersendiri.

Dalam pada itu, Ryzall mengakui proses menghasilkan lagu tersebut bukan sesuatu yang mudah kerana dia sangat menitikberatkan aspek emosi ketika menyanyi.

"Saya memang cerewet apabila melibatkan emosi dalam nyanyian sebab saya tak mahu lagu ini kedengaran terlalu teknikal atau kosong tak berjiwa.

Ryzall mahu kembangkan namanya di Malaysia. 

"Proses rakaman juga melibatkan banyak eksperimen susunan muzik dan pencarian tone vokal yang betul-betul saya mahukan," katanya.

Dalam masa sama, Ryzall berharap single berkenaan dapat membuka lebih banyak ruang buat dirinya mengembangkan kerjaya di Malaysia.

"Saya harap Natijah Cinta boleh menjadi jambatan untuk lebih ramai pendengar di Malaysia mengenali muzik dan diri saya dengan lebih dekat," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain