PERNAH mempunyai pengalaman peribadi berdepan individu bersifat narsistik membuatkan pelakon Chacha Maembong mampu mendalami wataknya sebagai Sophia menerusi drama bersiri Griya.Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Rohani Ismail, 31, berkata berurusan dengan individu sebegitu bukanlah sesuatu yang mudah kerana mereka lebih mengutamakan kepuasan diri sendiri. "Saya pernah berdepan dengan individu yang narsisistik. Mungkin sebab pernah melalui pengalaman itu, sedikit sebanyak ia membantu saya menghayati watak Sophia. Chacha berjaya akui sukar berdepan inidvidu narsistik."Sejujurnya, berhadapan dengan orang narsistik bukan mudah. Kita tak boleh berbincang atau berdebat dengan mereka seperti biasa kerana mereka hidup dalam dunia sendiri."Apa sahaja yang berlaku, mereka akan merasakan tidak bersalah dan tindakan mereka sentiasa rasa betul. Saya sendiri pernah mengalaminya," katanya kepada mStar.Dia bagaimanapun percaya setiap inidviu mempunyai sikap narsisistik namun bergantung cara mereka mengawalnya.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Emma dan bekas kekasih dah kembali bersama? Ini jawab Chacha MaembongARTIKEL BERKAITAN: [V] Chacha Maembong makin langsing kerana pengaruh kawan, bukan sebab bahagia bercinta"Tapi bagi saya, sedar atau tidak, setiap orang ada sifat narsisistik. Cuma ada yang pada tahap ringan dan ada yang lebih kuat. Bezanya adalah bagaimana kita menguruskan sifat itu."Dalam kehidupan harian pun kita memang akan berjumpa dengan individu seperti ini. Jadi semuanya bergantung kepada cara kita mengendalikan keadaan," luahnya.Tambahanya lagi, individu narsistik selalunya tidak menyedari tingkah laku mereka dan sukar untuk mengakui kesilapan sendiri walaupun sudah ditegur. Kadang-kadang kita yang perlu mengalah supaya keadaan tidak berpanjangan.CHACHA MAEMBONGPELAKONChacha turut menasihatkan orang ramai supaya kekal kuat dari segi mental apabila berdepan situasi sedemikian serta belajar bersabar dalam menghadapinya.“Mereka jarang mengalah. Kadang-kadang kita yang perlu mengalah supaya keadaan tidak berpanjangan. Kalau tidak, ia boleh beri kesan kepada kesihatan mental dan emosi,” jelasnya.Selain Chacha, drama Griya terbitan iQIYI turut dibintangi Nazim Othman, Dynas Mokhtar, Scha Alyahya serta Nia Antasha.Chacha berjaya membawakan watak Sophia dengan baik.Drama yang bergenre thriller psikologi dan konflik hubungan ini mengisahkan seorang peguam bernama Sophia (Chacha Maembong) yang berganding bahu bersama Detektif Liana (Scha Alyahya) untuk menyiasat Razman (Nazim Othman), seorang duda kaya yang disyaki membunuh dua bekas isterinya. Sophia sanggup menjalinkan hubungan cinta palsu bersama Razman demi menjalankan misi penyiasatannya. Namun bukan semuanya berjalan mudah seperti yang diharapkan kerana tiba-tiba Razman perlahan-lahan mencuri hatinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!