PENYANYI Haqiem Rusli tidak melatah apabila muncul cakap-cakap mengatakan auranya kini semakin malap tidak seperti di awal kemunculan dahulu.Perkara ini menjadi bualan netizen selepas Haqiem atau atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 28, gagal melayakkan diri ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) bagi tahun keempat berturut-turut. Enggan memeningkan kepala dengan tanggapan tersebut, Haqiem berkata fokus utamanya kini hanyalah untuk terus menghasilkan karya yang terbaik dan diterima ramai. Haqiem fokus hasilkan karya terbaik. "Saya tak tahu nak komen benda itu (hilang spark), saya cuma nyanyi dan buat lagu. Kalau lagu itu hits, Alhamdulillah, kalau tak, tidak mengapa."Sekarang ini saya cuma nak buat lagu sebanyak yang mungkin," katanya kepada mStar selepas pengumuman 10 lagu terbaik yang berjaya mara ke pentas akhir AJL40. Dalam masa yang sama, Haqiem turut menafikan dakwaan kononnya dia sudah mula hilang rentak dalam industri muzik gara-gara lagunya gagal ke AJL40. ARTIKEL BERKAITAN: Haqiem Rusli raih Anugerah Emas RIM, ‘Mimpi’ berjaya kaut lebih RM100,000ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun peram, Haqiem Rusli tampil bereksperimen... ‘NostalGila’ sebuah karya berat"Tidak, kalau hilang rentak mungkin saya sudah lima ke enam tahun tak dapat buat lagu yang hits. Saya sudah cuba yang terbaik, tapi tak lepas lagi. Tapi tidak mengapa, saya akan cuba lagi tahun depan," jelasnya.Mengulas mengenai kegagalannya mara ke AJL40, Haqiem berkata dia lebih selesa mengambil pendekatan positif dan enggan menyalahkan mana-mana pihak."Dari segi perasaan itu semestinya kecewa. Saya tak nak cakap banyak, tapi saya terima bila tidak dapat masuk final.Haqiem akui kecewa tidak berjaya masuk ke AJL40. "Sejujurnya saya tidak akan 'condemn' apa-apa, komplain 'everything'. Saya akan buat lagi baik dan tidak akan putus harapan," ujarnya. Untuk rekod, 10 lagu yang berjaya ke pentas AJL40 ialah Cak Cak Cekuk nyanyian Wani Kayrie, Aina Abdul (Kamu), Aisha Retno (Tak Adil), Ryenald Guntabid (Lumangad Oku Dika), Marsha Milan (Tangisan Seorang Pendosa). Selain itu ialah lagu Tiwikarma nyanyian kumpulan K.O.I turut tersenarai selain Amir Masdi menerusi (Nurcinta), Dayang Nurfaizah (Lemah), Hazama (Semacam Pandora), Luca Sickta, Kmy Kmo dan Salammusik (Ke Mana Ni).Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!