SELEPAS mencetuskan kekecohan apabila memberi bayangan mengenai perpisahannya dengan bekas suami, Que Haidar, kali ini guru tari profesional, Linda Jasmine dilihat memilih untuk mengunci mulut daripada mengulas isu berkenaan.Menurut Linda, 53, dia kini mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap penyertaan dalam program Talk To My Manager 2 (TTMM2) yang disertai bersama anaknya iaitu Tengku Ratu Haidar. “Tak apa, tak ada komen apa-apa. Just pasal Talk To My Manager saja,” katanya kepada mStar.Linda mahu fokus kepada pertandingan disertai anaknya, Ratu.Linda berkongsi perkara itu selepas konsert minggu pertama TTMM2 yang berlangsung di Auditorium MBSA pada malam Ahad.Ketika ditanya sama ada bekas suaminya hadir untuk memberi sokongan kepada anak mereka, Linda tetap dengan pendirian enggan mengulas lanjut.“Saya tak tahu, no comment,” ujarnya ringkas.ARTIKEL BERKAITAN: Linda Jasmine dedah punca cerai dengan Que Haidar - “Lindungi anak daripada kejahatan”ARTIKEL BERKAITAN: Linda Jasmine dah biasa sendiri, tiada beza selepas cerai... Sokong anak ceburi dunia hiburanSebelum ini, Linda seolah-olah memberi bayangan mengenai punca sebenar perpisahan dengan Que, dengan memaklumkan keputusan untuk bercerai dibuat demi melindungi dua anak mereka daripada perkara tidak baik.Untuk rekod, Linda dan Que mendirikan rumah tangga pada 2009 sebelum sah bercerai pada Julai 2024.Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!