suria

Kasihan tengok ‘handphone’ Azar Azmi dah retak teruk, Vida hadiahkan iPhone 17 Pro Max bersama ‘casing’ mahal

Vida kasihan lihat telefon bimbit Azar.

SIMPATI melihat keadaan telefon bimbit pelakon Azar Azmi, usahawan sensasi Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida bermurah hati menghadiahkan sebuah iPhone 17 Pro Max kepada aktres itu.

Vida, 55, berkata, dia terdetik untuk memberikan telefon baharu itu selepas tersentuh melihat keadaan peranti yang digunakan Azar ketika sesi siaran langsung bersama.

Menurut Vida, telefon yang digunakan pelakon tersebut bukan sahaja retak teruk, malah merupakan telefon yang dipinjam daripada kenalan.

Azar tak tahu mengenai kejutan yang disediakan.

“Kenapa saya nak belikan telefon untuk dia? Sebab masa ‘live’ dengan saya, saya tengok telefon dia… memang retak teruk. Telefon yang dia pakai pun pinjam.

“Saya terus rasa nak hadiahkan dia telefon baharu,” katanya.

Perkara itu dikongsikan Vida menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah beku telur tapi tak jadi kahwin punca Iqbal dan Vida tidak bertegur… “Masa tu dia masih subur”

ARTIKEL BERKAITAN: Vida ada 20 rumah menurut pakar ‘feng shui’, nilai hartanah cecah RM50 juta

Menerusi video berkenaan, Azar dilihat terkejut dan seakan tidak percaya dengan hadiah yang diterimanya.

Tambah Vida, sepanjang proses pembelian telefon tersebut, Azar langsung tidak mengetahui mengenainya kerana dia hanya berpakat dengan pengurus pelakon itu.

“Saya nak mudahkan kerja dia dengan ada telefon baharu. Saya siap pilihkan ‘case’ yang mahal.

Kacak turut menemani Vida dan Azar.

“Saya pilih iPhone 17 Pro Max 512GB supaya senang untuk dia buat kerja. Saya pilih apa yang saya suka untuk bagi dekat Azar,” ujarnya.

Dalam masa sama, Vida berharap hadiah tersebut dapat menjadi pemangkin semangat buat Azar untuk terus maju dalam kerjayanya.

“Semoga Azar boleh melangkah lebih jauh, lebih hebat dan berjaya dengan adanya telefon yang boleh membantu dia cari rezeki dalam bidang online,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain