suria

Alya Iman tak main Threads, benci ramai toksik

Alya memilih untuk tidak bermain Threads.

PELAKON Alya Iman memilih untuk menjauhkan diri daripada aplikasi Threads kerana menyifatkan aplikasi tersebut sebagai platform paling toksik dan menakutkan. 

Kata Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil, 25, dia tidak bersetuju dengan tindakan segelintir netizen melontarkan pendapat dan komen di aplikasi berkenaan yang dilihat sangat keterlaluan. 

"Dalam banyak-banyak media sosial, Threads lah yang paling saya benci dan sangat toksik berbanding yang lain. Saya sangat benci Threads.

Alya tidak bermain Threads demi menjaga kesihatan mentalnya.

"Bila buka, baca komen netizen tu, mereka ini ibarat tiada agama. Cara menulis tu sangat menakutkan. Jadi, saya memilih untuk tidak main aplikasi itu," katanya kepada mStar. 

Bercerita lanjut, Alya memaklumkan dia memilih untuk enggan membaca komen-komen jahat netizen mengenai dirinya demi menjaga kesihatan mental. 

"Kalau dulu saya memang ada baca komen-komen mereka ini sehingga menyebabkan mental saya terganggu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Alya Iman dipetik netizen jadi punca perceraian, Yusuf Bahrin tak teragak-agak ambil tindakan undang-undang

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Alya Iman buka mulut jawab tuduhan punca perceraian pasangan selebriti, awal-awal letak batas dengan rakan artis sudah beristeri

"Tapi sekarang ini tidak lagi. Media sosial memang menakutkan dan  kita pun tidak boleh nak kawal apa yang netizen cakap kan? Tapi sekarang tidak," ujarnya. 

Ditanya mengenai gangguan seksual secara maya, Alya mendedahkan dia sering menjadi mangsa individu tidak dikenali yang menghantar kandungan tidak senonoh kepadanya. 

"Banyak yang ganggu, sangat menakutkan. Mereka hantar gambar pelik-pelik kepada saya. Disebabkan itu jugalah, saya tak terlalu banyak berkongsi di media sosial. Sebab berasa sangat takut dengan manusia sekarang," tambahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain