suria

“Awak sombong sis”… Janna Nick tidak melatah individu dedah pengalaman tak best bertemu dirinya

Janna tidak melatah apabila didakwa sombong.

PELAKON dan pengacara Janna Nick memilih untuk tidak melatah apabila seorang individu tampil menggelarnya sebagai selebriti sombong selepas mendakwa mempunyai pengalaman buruk bersama aktres berkenaan.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 31, sebaliknya memohon maaf secara terbuka dan mengakui sedia memperbaiki diri susulan teguran tersebut. 

"Saya minta maaf kalau pengalaman awak berjumpa saya tidak okey. Apa yang awak rasa itu 'valid' dan kalau awak tak suka saya pun tak apa.

Hantaran balas Janna terhadap individu berkenaan. 

"Saya terima dengan hati terbuka. Semoga saya ambil pengalaman awak ini sebagai langkah untuk jadi lebih baik," kata Janna dalam satu hantaran balas kepada individu berkenaan. 

Sebelum ini, terdapat seorang individu yang bertugas sebagai kru penerbangan mendakwa Janna pernah menunjukkan sikap biadab apabila berlaku masalah teknikal membabitkan pesawat yang dinaikinya.

Dakwa individu berkenaan, Janna tidak menunjukkan sikap toleransi seperti penumpang lain, malah bertindak  mahu menyaman syarikat penerbangan tersebut.

"Awak sombong sis. Awak pernah naik kapal saya lepas itu kena tukar kapal terbang sebab ada masalah teknikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah raih keputusan cemerlang, Janna Nick tak sambung belajar demi cari rezeki untuk keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan sombong, tapi insecure!” – Janna Nick anggap diri selekeh, segan jumpa orang luar

"Penumpang lain semua faham, tapi awak merentan siap cakap nak saman syarikat. Sejak itu, maaf cakap memang tak suka awak dan awak memang sombong," tulis individu tersebut.

Dalam hantaran yang sama, Janna turut menitipkan doa yang baik-baik buat individu berkenaan sebagai tanda tidak menyimpan sebarang dendam meskipun dituduh dengan gelaran yang agak berat.

"Saya doakan segala urusan awak dipermudahkan dan Allah limpahkan rezeki buat awak.  Terima kasih atas teguran ini. Semoga saya ambik pengalaman awak ni sebagai langkah untuk jadi lebih baik" ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain