suria

Ramai pertikai ‘Seribu Tahun Lagi’ gagal ke pentas AJL40, ini alasan ketua juri pilih 10 lagu terbaik

Imran Ajmain tidak berjaya tembus ke AJL40.

KEGAGALAN lagu Seribu Tahun Lagi nyanyian Imran Ajmain melangkah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) menjadi bualan hangat netizen di media sosial. 

Menjawab mengenai perkara itu, ketua juri Separuh Akhir AJL40 (SFAJL40), Datuk Acis menjelaskan setiap lagu yang dipersembahkan dinilai berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh barisan juri.

Menurut Acis, dia optimis dengan keputusan itu dan menganggap lagu-lagu yang tidak berjaya belum berada dalam 10 lagi terbaik dan tiada rezeki untuk tahun ini.

Acis berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

“Ini bukan daripada saya sahaja… kita nilai daripada kriteria asas iaitu lagu, melodi, lirik, produksi, nyanyian. Saya rasa bukan rezeki dia sahaja untuk ke final,” katanya kepada mStar. 

Acis berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus tamat pusingan SFAJL40 yang diadakan di Shah Alam, Selangor pada Sabtu. 

Mengulas mengenai kualiti 10 buah lagu yang berjaya meloloskan diri, Acis memberitahu pihaknya mengutamakan keaslian sesuatu karya yang mampu menyentuh perasaan juri.

"Seperti yang saya katakan, kita mencari keaslian. Melodinya perlulah sesuatu yang boleh dirasai oleh barisan juri. Kadangkala melodi itu sangat ringkas, tetapi sangat berkesan. 

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tangisan Seorang Pendosa’, ‘Kamu’, ‘Lemah’, ‘Nurcinta’ antara lagu layak ke AJL40

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul buat kelainan fesyen tuala ‘good morning’ di Separuh Akhir AJL40, rupanya ada maksud tersirat

"Kadangkala kalau terlalu abstrak pun, sukar untuk kita rasa. Jadi, 10 lagu inilah yang kami rasakan terbaik antara yang terbaik," ujarnya.

Dalam pada itu, Acis turut menegaskan bahawa populariti sesebuah lagu di media sosial tidak memberikan sebarang kelebihan untuk terpilih ke pentas akhir.

Bagi barisan juri, matlamat utama AJL40 adalah untuk mengangkat karya yang berkualiti tinggi dan mampu bertahan dalam tempoh masa yang lama.

Amir dan Dayang antara yang berjaya ke ajl40. 

"Kita tidak memilih lagu ke peringkat akhir hanya kerana ia viral. Tidak. Kami pilih kerana lagu itu sangat menonjol dan segar. Kita mahukan Juara Lagu yang akan diingat 20 tahun akan datang.

“Viral selalunya sekejap sahaja. Kami mahu lagu yang 'evergreen' dan diingati seperti lagu-lagu tahun 80-an yang kita masih ingat sampai sekarang," tambahnya.

Untuk rekod,  10 lagu yang berjaya ke pentas AJL40 ialah Cak Cak Cekuk nyanyian Wani Kayrie, Aina Abdul (Kamu), Aisha Retno (Tak Adil), Ryenald Guntabid (Lumangad Oku Dika), Marsha Milan (Tangisan Seorang Pendosa). 

Selain itu ialah lagu Tiwikarma nyanyian kumpulan K.O.I turut tersenarai selain Amir Masdi menerusi (Nurcinta), Dayang Nurfaizah (Lemah), Hazama (Semacam Pandora), Luca Sickta, Kmy Kmo dan Salammusik (Ke Mana Ni).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain