suria

Tak mampu tolak babak pegang-pegang, Nasuha Sulaiman terpaksa cari pengurus bantu jaga batas

Nasuha terkilan dengan produksi yang menolak permintaannya.

PELAKON Nasuha Sulaiman meluahkan rasa kecewa apabila prinsipnya untuk tidak melakonkan babak bertentangan dengan imejnya tidak dihormati oleh segelintir produksi.

Nasuha atau Wan Nasuha Wan Sulaiman, 30, berkata, sejak awal penglibatannya dalam dunia lakonan, dia sudah menetapkan batasan jelas iaitu tidak mahu melakukan aksi berpegangan yang keterlaluan.

"Memang saya bermula dengan membuat konten dan saya sudah ada imej yang sebati di mata pengikut. Imej itu memang diri saya yang sebenar, bukan dibuat-buat atau dicipta untuk agenda tertentu. Itu memang saya.

Nasuha berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

"Apabila masuk ke dalam industri, saya maklumkan kepada pengarah dan rakan gandingan saya bersedia melakonkan babak berpegangan tetapi paling minimum.

"Dari awal saya sudah maklumkan kepada pengarah, saya tak nak aksi berpegangan yang berlebihan. Ada perkara saya boleh bertolak ansur kerana tidak mahu susahkan produksi. Tapi yang lain contohnya, kita boleh pegang baju dan sebagainya," katanya kepada mStar.

Meskipun sudah bersikap profesional dengan meletakkan batasan awal, Nasuha terkilan apabila ada produksi yang tetap memintanya melakukan babak kurang bersesuaian di set penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Usia bukan penghalang, Nasuha Sulaiman tawakal terjun bidang seni

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak ‘show’ di China bukan bermaksud Shila Amzah lebih utamakan peminat luar, syukur masih kekal relevan

Katanya, situasi menjadi lebih sukar apabila penggambaran berlarutan sehingga awal pagi, sekali gus menyukarkan dia untuk merujuk perkara tersebut kepada pihak pengurusan.

"Saya cakap dan beritahu semua produksi, termasuk telemovie sebelum ini. Tapi agak mengecewakan apabila ada beberapa perkara yang dipersetujui dari awal tidak dilaksanakan sepenuhnya di set penggambaran.

"Mungkin berlaku kekeliruan dari segi pelaksanaan babak, walaupun saya sudah nyatakan batasan lebih awal.

Nasuha terpaksa akur dengan permintaan produksi. 

"Kadang-kadang penggambaran berlarutan hingga awal pagi dan saya tak dapat nak telefon pihak pengurus untuk membantah babak tersebut. Jadi, saya akur dengan kecaman yang saya terpaksa terima. Tapi, sejujurnya saya tak gembira," jelasnya.

Enggan perkara sama berulang, Nasuha mengambil keputusan untuk menyertai sebuah agensi bagi memastikan kerjaya seni dan prinsipnya lebih terjaga selepas ini.

"Itu antara sebab saya memilih untuk menyertai agensi, supaya saya ada pasukan yang lebih kuat untuk membantu menjaga prinsip dan batasan saya secara profesional," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain