PELAKON baharu, Dida Qirana memilih untuk tidak menggunakan nama keluarga seperti kakak-kakaknya kerana mahu dikenali atas bakat sendiri.Dida atau Farza Dida Qirana, 22, berkata meskipun kakak-kakaknya pernah mencadangkan agar menggunakan nama keluarga bagi memudahkan laluan dalam dunia lakonan, namun dia tetap dengan pendiriannya itu. "Kalau boleh saya mahu dikenali dengan nama sendiri, Dida Qirana. Saya tak rasa rugi pun sebab Rizrose dan Senrose itu hanya ‘stage name’ keluarga.Dida selesa guna nama sendiri."Saya bukan buang, cuma tak guna. Kalau suatu hari nanti saya dapat ‘hidayah’, mungkin saya akan guna. Buat masa sekarang belum lagi," katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Dida mengakui dia pernah memikirkan persepsi orang ramai yang mungkin akan sentiasa mengaitkan kejayaannya dengan kakak-kakaknya.Namun itu tidak menjadi penghalang untuknya terus maju ke hadapan dan membina nama sendiri melalui bakat dimiliki.ARTIKEL BERKAITAN: Masih muda dalam dunia lakonan, Farza Dida pegang nasihat kakak... Positif dengan komen netizenARTIKEL BERKAITAN: [V] Bukan nak jadi hero, cuma perbetulkan kenyataan salah... Adik Uqasha Senrose tenang diserang netizen"Saya pernah terfikir, kalau saya berjaya dalam industri, orang akan kata kakak-kakak yang tolong. Tapi kalau tidak berjaya pun, mereka juga akan disebut."Memang kita tak boleh lari daripada apa orang nak cakap. Jadi nak tak nak, kena hadap juga walaupun kita usaha sendiri," ujarnya.Sementara itu, Dida memberitahu kakaknya terutama Uqasha Senrose banyak membantu daripada segi persediaan sebelum dia memasuki set penggambaran drama bersiri Dorm 403.Malah, dia tidak menghadiri kelas lakonan secara formal kerana menerima tunjuk ajar secara langsung daripada kakaknya di rumah.Dida syukur kakak banyak membantu."Di rumah mereka banyak beri tunjuk ajar. Malah sebelum masuk set, Uqasha sampai lima enam pagi tak tidur semata-mata jadi ‘cikgu lakonan’ saya."Dia risau. Dia kata dia sendiri pun tak baca skrip sampai habis, tapi dia baca skrip saya sampai habis," kongsinya.Sekadar info, Dida merupakan adik kepada aktres Uqasha Senrose, Neldiya Senrose dan Raysha Rizrose.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!