SEPULUH lagu layak meneruskan saingan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40.Lagu nyanyian Aina Abdul berjudul Kamu menjadi antara karya yang berjaya bersaing di pentas nyanyian berprestij itu. Selain Aina, Wani Kayrie buat pertama kali tampil di pentas AJL menerusi lagu Cak Cak Cekuk. Turut bersaingan ialah Aisha Retno (Tak Adil), Ryenald Guntabid (Lumangad Oku Dika), Marsha Milan (Tangisan Seorang Pendosa). Selain itu lagu Tiwikarma nyanyian kumpulan K.O.I turut tersenarai selain Amir Masdi menerusi (Nurcinta). Dayang Nurfaizah (Lemah), Hazama (Semacam Pandora), Luca Sickta, Kmy Kmo dan Salammusik (Ke Mana Ni) turut bersaing untuk AJL40. ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul buat kelainan fesyen tuala ‘good morning’ di Separuh Akhir AJL40, rupanya ada maksud tersiratARTIKEL BERKAITAN: Faktor kesihatan, Umairah ganti Amira Othman di pentas Separuh Akhir AJL40… “Dia tak cukup fit”Barisan juri SFMM40 diketuai oleh Datuk Acis, Efry Arwis, AD Samad, Siti Hajar dan LY. SFMM40 bersiaran secara langsung selama dua hari berturut-turut bermula 17 April dan 18 di TV3 dan Tonton.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!