16 TAHUN bergelar anak seni, penyanyi Wani Kayrie mengakui pernah berasa putus asa untuk menjejakkan kaki ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).Wani atau Syazwani Abdullah, 26, berkata, kegagalan lagu-lagunya sebelum ini hampir mematahkan semangatnya, namun peluang membuat persembahan pembukaan pada edisi tahun lalu membuatkan dia kembali bangkit semula. "Sebenarnya pernah hampir-hampir berputus asa bila mula-mula waktu saya gantikan Kak Ernie Zakri dulu, lepas itu saya masuk dengan lagu sendiri iaitu Kamu-Kamu. Tapi waktu itu memang saingan sangat sengit dan saya tengok okeylah, tak ada harapanlah kan. Wani berkongsi perkara itu ketika ditemui media. "Tetapi bila tahun lepas saya dipanggil untuk membuat persembahan pembukaan, saya rasa berdiri sendiri di atas pentas itu memberikan saya semangat untuk kembali semula dan betul-betul fokus dengan lagu yang saya keluarkan," katanya kepada mStar. Wani berkongsi perkara itut ketika ditemui sejurus tamat pusingan Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM40) di Shah Alam pada Sabtu. Bercerita mengenai lagu Cak Cak Cekuk yang berjaya mara ke AJL40, Wani berkata dia tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata di atas pentas."Sebenarnya menangis tu sebab dia bawa satu perasaan yang kita memang baca apa orang cakap, orang kata lagu saya cukup kuat untuk ke final. Tapi saya tak nak rasa terlalu selesa. Saya selalu letak diri saya, apa-apa boleh jadi di saat-saat akhir.ARTIKEL BERKAITAN: Lagu tak masuk separuh akhir AJL… Wani Kayrie memahami kesedihan rakan artis, pernah berdepan situasi samaARTIKEL BERKAITAN: ‘Tangisan Seorang Pendosa’, ‘Kamu’, ‘Lemah’, ‘Nurcinta’ antara lagu layak ke AJL40"Sebab itu tadi, selagi saya tak habis nyanyi, saya akan kata saya tetap bertanding, saya tetap takut. Penilaian juri semua membuatkan saya rasa bersyukur lagu ini akhirnya layak. Saya rasa sangat kerdil nak letak diri saya dengan semua senior yang lain," ujarnya.Bagi Wani, kejayaan melangkah ke AJL40 merupakan satu momen yang sangat mahal selepas lebih sedekad bergelar anak seni. "Semestinya berbaloi. Memikirkan perjalanan dan usaha orang-orang yang menaikkan lagu ini, orang yang viralkan. Lagu ni pergi dengan cara tersendiri yang saya tak pernah jangka, viral dengan sangat mengejutkan. Wanie akan buat sebaiknya di pentas AJL40. "Ia membuatkan saya rasa sangat bersyukur dengan segala perancangan Allah," ujarnya. Untuk rekod, lagu Wani bakal mara ke AJL40 yang berlangsung pada Ogos depan bersama sembilan lagi lagu yang lain.Antaranya adalah Aina Abdul (Kamu), Aisha Retno (Tak Adil), Ryenald Guntabid (Lumangad Oku Dika), Marsha Milan (Tangisan Seorang Pendosa). Selain itu ialah lagu Tiwikarma nyanyian kumpulan K.O.I turut tersenarai selain Amir Masdi menerusi (Nurcinta), Dayang Nurfaizah (Lemah), Hazama (Semacam Pandora), Luca Sickta, Kmy Kmo dan Salammusik (Ke Mana Ni).Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!