suria

Lagu tak masuk separuh akhir AJL… Wani Kayrie memahami kesedihan rakan artis, pernah berdepan situasi sama

Wani sentiasa percaya pada rezeki.

PERNAH berada di situasi sama membuatkan penyanyi Wani Kayrie memahami kekecewaan rakan artis apabila lagu mereka gagal melangkah ke peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).

Mengimbau kejadian sama, Wani atau atau sebenarnya Syazwani Syafirah Abdullah, 26, berkata ketika itu dia juga berasa sedih apabila melihat rakan-rakan lain berjaya namun tidak dirinya.

“Melihat mereka, sebenarnya saya faham perasaan itu. Saya pernah berada di situ sebelum ini. Masa itu, saya melihat mereka pula yang berjaya.

Wani faham perasaan tak berjaya.

“Saya rasa sedih bila lagu sendiri tidak berjaya, manakala orang lain pula beruntung.

“Tapi mungkin tahun ini tidak ada rezeki pada lagu mereka kerana semuanya berbalik kepada penilaian juri dan undian yang kita tidak pernah tahu," katanya kepada mStar.

Disebabkan pernah berdepan situasi sama, Wani berkata dia terpanggil untuk memberikan kata-kata semangat buat mereka.

“Bila nampak kawan-kawan kecewa, sudah tentu saya beri sokongan kerana saya pernah melalui fasa itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wani Kayrie tak lagi malu-malu, tayang kemantapan vokal menerusi ‘Fajar’

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah ‘move on’, padam paparan skrin mesej Sophia Albarakbah di Instagram

“Saya faham perasaan sedih tersebut kerana kita sudah menghasilkan lagu, membuat promosi dan mengeluarkan modal yang besar. Namun semuanya berbalik kepada rezeki masing-masing,” ujarnya.

Sementara itu, berkongsi mengenai persediaan pentas separuh akhir AJL40 yang akan berlangsung pada 16 dan 17 April ini, Wani berkata dia tidak mengamalkan rutin yang terlalu ketat.

Sebaliknya mengekalkan rutin yang sama namun lebih fokus kepada penjagaan suara.

Wani fokus pada peringkat separuh akhir AJL40.

“Saya hanya menjalani rutin biasa, bukan jenis yang terlalu berpantang apabila bertanding kerana ia boleh memberi kesan kepada diri sendiri.

“Saya kekalkan gaya hidup seperti biasa, cuma lebih menjaga pemakanan dan suara. Kurangkan bercakap serta elakkan menjerit.

“Makanan berminyak dan pedas walaupun kegemaran saya, tetap cuba dielakkan,” kongsinya.

Pada peringkat separuh akhir itu nanti, Wani akan mempersembahkan lagu Cak Cak Cekuk, hasil ciptaan Karim Karam, Shane Kennedy dan Iqie Hugh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain