GELAGAT seorang peminat cilik berjumpa Aisha Retno menjadi perhatian ramai apabila kanak-kanak itu dilihat menangis ketika bertemu penyanyi berkenaan.Menerusi satu hantaran video, kanak-kanak yang dikenali sebagai Ayda itu bertemu Aisha dalam sebuah majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu. Ayda menghampiri Aisha yang ketika itu sedang membuat persembahan menyanyi lagu berjudul Sinaran. Aisha mesra melayan peminat. "Ayda menangis awal-awal sebab starstruck dekat awak (Aisha). "Tak sangka dia dapat berjumpa depan-depan Aisha Retno. Selama ini tengok dekat YouTube dan dengar radio sahaja," tulis seorang wanita dipercayai ibu kepada Ayda. Tidak kekok melayan peminat berkenaan, Aisha spontan memimpin tangan Ayda membawanya ke hadapan pentas. ARTIKEL BERKAITAN: Penangan ‘Jodoh Lebaran’... Imranul Effendy semakin dikenali, mengaku tumpang populariti Aisha Retno ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun dalam industri seni… Aisha Retno pernah terima ugutan bunuh, face shamingMalah Aisha juga sempat berseloroh meminta tisu daripada tetamu yang hadir untuk mengelap air mata kanak-kanak tersebut. Lebih istimewa dalam pertemuan tersebut, Ayda turut menyediakan satu lakaran wajah Aisha untuk ditunjukkan kepada penyanyi itu. Lukisan yang dihasilkan Ayda. "Pukul 11 pagi dia sempat lukis sebelum pergi majlis dan tak sabar nak tunjuk dekat Aisha," ujar ibunya lagi. Hantaran tersebut mendapat respons pelbagai termasuk Aisha sendiri yang meluahkan rasa terharu bertemu peminat. "Adik menangis, saya pun menangis," luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube