SEPANJANG bergelar anak seni, penyanyi Aisha Retno tidak terlepas daripada kecaman segelintir pihak yang kurang senang setiap kali dia tampil membuat persembahan.Menerima situasi itu dengan hati terbuka, Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, mengakui ada ketika kata-kata cemuhan tersebut memberi kesan mendalam terhadap dirinya. Bukan hanya berdepan komen negatif, malah dia juga pernah menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali.Luahan Aisha di Instagram. “Walau cuba menjadi seorang yang kebal, hakikatnya saya juga terkesan dengan komen negatif. Enam tahun dalam industri saya pernah menerima ugutan bunuh, body shaming, face shaming dan sebagainya.“Tangkap layar komen-komen tersebut membuatkan saya patah semangat dan berfikir apa yang bermain dalam fikiran orang jika saya muncul membuat persembahan,” katanya.Aisha berkongsi perkara itu menerusi satu luahan panjang di media sosial berserta beberapa foto ketika membuat persembahan di acara Anugerah Gempak Most Wanted 2025 pada Ahad lalu.ARTIKEL BERKAITAN: "Ada kaitan dengan otak" - Aisha Retno disaran buat MRI, pengsan bukan kerana kejadian mistik ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno juga 'tumbang', beberapa jam tak sedarkan diri... Dedah alami serang panikDalam masa sama, dia memaklumkan lebih selesa berdiam diri sebelum ini, namun merasakan ada ketikanya dia perlu meluahkan perkara yang dipendam.“Saya anggap ia sebagai pahit manis pekerjaan dalam industri. Namun kami juga bekerja keras, sibuk dengan tanggungjawab. Kami berhak menerima sesuatu sebagai balasan,” luahnya.Aisha mahu bakatnya terus dihargai. Tambah Aisha, pengalaman sepanjang bergelar anak seni menjadikan dirinya lebih matang dan tahu cara berdepan kritikan.Malah, dia juga dikenali sebagai antara penyanyi yang tidak mudah melatah dan sentiasa mesra ketika berdepan soalan media.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube