suria
mStar - Urban.Versatil

Terima bayaran RM500 sehari… Sheila Mambo sanggup tolak tawaran lakonan, tak mahu rosakkan industri 

Sheila tidak sanggup terima bayaran rendah untuk lakonannya.

MESKIPUN sudah hampir empat dekat bergelar anak seni, pelakon veteran Sheila Mambo mendedahkan masih terdapat beberapa produksi cuba untuk menindasnya dengan menawarkan bayaran rendah. 

Sheila atau nama sebenarnya Rusilawati Hasan, 63, berkata dia sendiri pernah menerima tawaran bayaran serendah RM500 sehari untuk sebuah projek drama.

"Hidup sekarang ini memang kena ada perancangan lain. Tidak boleh bergantung kepada lakonan semata-mata. 

Sheila anggap menjadi perosak industri sekiranya terima tawarna tersebut. 

"Kalau ada yang tahu harga saya, mereka akan bayar harga itu. Tapi ada pula produser yang mahu beri watak, tetapi hanya RM500 sehari. Mereka nak guna saya 12 hari dengan bayaran RM6,000. 

"Sebenarnya dia mahu cari 'talent', tapi tawar kepada saya dahulu dengan anggapan saya akan terima," katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Babak ‘naik kaki’, Sheila Mambo mohon jangan marah Janna Nick... “Dia minta maaf, tak rancang buat begini”

ARTIKEL BERKAITAN: Sheila Mambo lepas geram dengan sikap pelakon baharu tunjuk ‘diva’ - “Naik fed up kena banyak kali take!”

Tidak berkompromi soal bayaran yang dianggap tidak setimpal, Sheila berkata dia menolak tawaran tersebut kerana tidak mahu menjadi punca kerosakan kadar bayaran dalam industri seni. 

"Saya tak peduli kalau orang tak hargai saya. Tapi, kalau ambil, saya akan rosakkan industri ini. Kesian dekat kawan-kawan lain," ujarnya. 

Dalam ada itu, Sheila menjelaskan dia juga tidak kisah sekiranya ada produksi yang memintanya menghadiri proses uji bakat untuk mendapat watak. 

Sheila terbuka untuk hadiri uji bakat meskipun sudah berlakon hampir 40 tahun. 

"Pada usia sekarang saya masih lagi dipanggil uji bakat. Melihat dari sudut yang positif, uji bakat ini bagus sebab kadang-kadang kita rasa watak itu sesuai, tapi sebenarnya ada watak lain yang lebih sesuai.

"Kita kena positif dan jangan fikir negatif bila kena pergi uji bakat. Saya tidak ada masalah untuk itu, lainlah kalau saya pelakon Gred A," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain