suria

Sheila Mambo lepas geram dengan sikap pelakon baharu tunjuk ‘diva’ - “Naik fed up kena banyak kali take!”

Sheila Mambo tegur sikap segelintir pelakon baharu semasa di set penggambaran.

PENDEDAHAN pelakon senior Rusdi Ramli mengenai sikap segelintir pendatang baharu yang lebih gemar buat hal sendiri semasa di set penggambaran turut menarik perhatian rakan selebriti lain antaranya Sheila Mambo.

Bersetuju dengan pandangan Rusdi itu, Sheila atau nama sebenar Rusilawati Hasan, 58, berkata pelakon baharu haruslah memandang serius mengenai kerjaya lakonan selain memiliki semangat kerja berpasukan.

"Setuju! (tak semua). Semua yang datang disediakan pembantu, tawaran kerja pengurus yang dapatkan. Kerja jadi lambat sebab tunggu dia orang hafal skrip dan faham kehendak cerita atau watak. Apabila tak ada scene sibuk dengan telefon update Instagram dan media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat Sheila Mambo ajar cara cuci ‘face mask’ untuk bantu individu kurang mampu - “Saya nak tegur tapi takut aibkan mereka”

ARTIKEL BERKAITAN: Rusdi Ramli pun ‘berbunyi’ pelakon baru suka buat kepala sendiri - “Datang main phone, tak bercampur... tak bertanya”

"Bukan nak duduk tengok macam mana kerja otai-otai atau cara pengarah kerja tapi demand (bayaran)? Hebat! Sebab tahu stesen nak dia orang! Tolonglah hormati set lakonan dan team kerja, bukan sekadar datang bawa makanan tajaan, cukup syarat terlibat dalam penggambaran.

"Baju dah disiapkan sebab dia orang jadi leading. Yang artis lama pandai-pandailah korang (anda) nak hidup... kadang-kadang ada sponsor baju dan kadang-kadang diabaikan," katanya.

Perkongsian Sheila Mambo di Instagram mengenai pandangan yang diluahkan oleh Rusdi Ramli di portal mStar sebelum ini.

Sheila Mambo berkongsi pengalaman dan pandangannya itu menerusi Instagram dengan memuat naik semula klip video laporan mStar membabitkan pelakon Rusdi.

Pada Rabu lalu, Rusdi berkata suasana pelakon di set penggambaran kini sudah berbeza jika dibandingkan kira-kira 10 tahun lalu.

Pelakon lama pun kadang-kadang naik fade up kena banyak kali take. Hilang mood kerja!

SHEILA MAMBO

PELAKON

Ini kerana menurut Rusdi ada segelintir pelakon baharu yang lebih gemar menghabiskan masa dengan telefon bimbit menjadikan hubungan antara mereka kurang mesra.

Rusdi bagaimanapun akur dengan perubahan corak bekerja sekarang berbanding dengan zaman kegemilangannya dahulu.

Sheila Mambo kerap bergandingan dengan pelakon lama dan baharu dalam drama.

Sementara itu, pelakon drama Sang Pewaris ini menasihati pendatang baharu supaya mengikuti kelas lakonan dan menghormati kerjaya sebagai anak seni.

"Pesanan saya buat la homework. Pendatang baharu kena faham kehendak skrip dan jalan cerita, jangan asyik baca line kau je... dalam set pengarah tak ada masa nak mengajar, pelakon lama pun kadang-kadang naik fade up kena banyak kali take. Hilang mood kerja!

"Saranan saya eloklah mereka pergi buat sekurang-kurangnya kelas lakonan asas yang diiktiraf oleh Finas dan Seniman. Secara tak langsung dapat membantu pihak tenaga pengajar menjana pendapatan.

"Tunjuk kelayakan, sijil yang diiktiraf... nak masuk kerja bidang lain pun kena ada kelayakan. Seni ni halus, kena hormati apa jua kerja. Bukan kerana famous with follower, kalau nak jadi actors be a good one!" ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain