suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rusdi Ramli pun ‘berbunyi’ pelakon baru suka buat kepala sendiri - “Datang main phone, tak bercampur… tak bertanya”

PELAKON senior Rusdi Ramli memberitahu suasana di set penggambaran kini sudah berbeza jika dibandingkan kira-kira 10 tahun lalu.

Ujar Rusdi, sikap segelintir pendatang baharu yang lebih gemar menghabiskan masa dengan telefon bimbit menjadikan hubungan antara pelakon kurang mesra.

“Saya tak tahu budak-budak ini Instafamous atau datang dari mana ke. Tapi selalu la nampak sekarang ini mereka datang dengan handphone masing-masing, tak bercampur dan tak bertanya.

“Kalau dulu ada yang datang bertanya, dalam 10 tahun lalu, sekarang memang tiada... kadang-kadang kami (pelakon senior) sendiri tertanya-tanya tentang watak mereka, ” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah bingung ramai ‘Instafamous’ dah jadi pelakon - “Stesen TV semakin tiada bajet sebab Covid-19 ke?”

Rusdi ditemui di set penggambaran drama Kampung Kolestrol arahan Shuhaimi Lua yang bakal ditayangkan Ramadan akan datang.

Dalam pada itu, Rusdi akur dengan perubahan corak bekerja sekarang berbanding dengan zaman kegemilangannya namun menegaskan ianya berbalik kepada bakat.

“Saya faham cara bekerja sekarang dah berubah tetapi bakat itu kita tidak boleh ubah, cara kerja suka hatilah, janji dalam set semasa bekerja buatlah kerja, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi