suria

Zamani selesa naik skuter tiga roda... sakit tulang belakang makin merosot - “Saya harapkan job, bukan bantuan”

SETELAH lama menyepi dalam industri hiburan, penyanyi Zamani dikhabarkan terpaksa menghentikan rawatan penyakit skoliosis atau tulang belakang melengkung kerana berdepan masalah kewangan.

Ujar Zamani, dia memerlukan sekitar RM300 bagi mengikuti satu rawatan kiropraktik bagi mengurangkan masalah berkenaan.

“Alhamdulillah keadaan kesihatan saya masih lagi dalam keadaan baik, saya hanya mengalami masalah tulang belakang.

“Sepatutnya perlu jalani rawatan setiap dua minggu sekali, namun kosnya agak tinggi.

“Oleh kerana mereka tak tetapkan kekerapan rawatan, saya pilih untuk pergi hanya apabila betul-betul sakit, ” katanya kepada mStar.

Ditanya sama ada dia menerima apa-apa bantuan kewangan daripada badan tertentu, Zamani berkata dia lebih selesa untuk terus berkerja.

“Sumbangan daripada badan-badan yang terlibat dalam industri seni setakat ni tak ada lagi.

“Saya pula lebih selesa nak kerja sendiri, kalau boleh bagi la bantuan menerusi tawaran kerja... itu lebih baik.

“Mungkin juga apabila melihat keadaan saya macam ni orang risau nak bagi offer, papi sebenarnya saya sihat tapi fizikal je nampak macam ni, , ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi