suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Penyanyi bukan jukebox, masuk duit terus perfect setiap masa” - Ziana Zain pernah alami masalah hilang suara

PENYANYI Ziana Zain memberitahu masalah pada peti suara seperti yang dihadapi Nabila Razali adalah perkara yang tidak boleh dielakkan oleh seseorang penyanyi.

Menurut Ziana, dia juga pernah mengalami masalah yang sama sehingga tidak mampu untuk menyanyi lebih daripada tiga hari.

“Kena ingat, penyanyi bukan jukebox (mesin muzik) masuk duit dia akan sempurna setiap masa sebab saya juga pernah hilang suara dua tiga hari.

“Kadang-kadang nak menyanyi key biasa pun tak boleh sebab masalah pita suara. Sesiapa yang jadi penyanyi mesti tahu masalah ini, ” ujarnya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali ‘terkucil’ di AJL35, rakan artis tetap sokong - “Saya dapat rasakan dia gementar”

Ziana Zain ditemui di set penggambaran drama Kampung Kolestrol arahan pengarah Shuhaimi Lua yang diadakan di Ijok, Selangor.

Dalam pada itu, Ziana berharap agar netizen memberi peluang kepada penyanyi Nabila Razali untuk memperbaiki kelemahannya.

“Apa yang kita boleh buat, bagi Nabila semangat biar dia sembuh. Dia boleh menyanyi dan dia mampu menghayati lagu, menyanyi dan feel itu adalah paling penting, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi