suria

“Nabila Razali boleh menyanyi... tapi bukan strong singer!” - Syafinaz Selamat tahu ‘level’ kemampuan, tapi tak cukup masa

CERITA tentang persembahan Nabila Razali terkucil di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) baru-baru ini masih hangat diperkatakan netizen.

Datuk Syafinaz Selamat selaku guru vokal penyanyi lagu Peluang Kedua itu tampil menjelaskan apa yang berlaku.

“Masa Nabila datang berjumpa saya, dia faham mustahil untuk menang vokal terbaik.

“Tetapi apa yang ingin dicapai adalah adalah memperbaiki dirinya membuat persembahan yang baik untuk AJL.

“Saya bersikap jujur dan memberitahu apa kemampuan dan sejauh mana dia boleh pergi Namun kita tidak menjangkakan persembahan Nabila terkucil, ” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Syafinaz berkata pada dasarnya Nabila boleh menyanyi namun bakatnya itu perlu diasah dengan baik dan konsisten.

“Dia bukan penyanyi yang strong singer, tapi dia mahu belajar untuk perbaiki kelemahan dia, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi