suria

Ada melodi lagu rakyat, ‘7 Nasihat’ dinilai kurang asli - “Bukan lagu itu tak bagus, cuma dalam pertandingan banyak aspek diambil kira”

KEGAGALAN lagu 7 Nasihat nyanyian Luca Sickta, Kmy Kmo dan Shiha Zikir di Anugerah Juara Lagu ke-35 disebabkan melodi yang kurang asli.

Ketua juri, Datuk Mokhzani Ismail, 60, berkata, terdapat melodi lagu tradisional yang dipinjamkan dalam lagu 7 Nasihat itu membuatkan ia dinilai kurang original.

“Lagu itu unik dan cantik ciptaannya tapi ada melodi yang dipinjamkan atau inspirasi lagu tradisional atau lagu rakyat.

“Bagi saya kreativi dan originaliti agak kurang di situ tapi saya tak kata lagu itu tak bagus. Original dan kreativiti markah paling besar dinilai dalam sesebuah lagu.

“Bagi saya 7 Nasihat bagi impak dalam industri tapi bila dalam pertandingan ada tolak tambah campur daripada pelbagai segi yang diambil kira” ujarnya pada sidang media AJL35, malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul tewas Vokal Terbaik di tangan Ernie Zakri... Lagu ‘Gila’ julang trofi AJL35

Malam kemuncak AJL35 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam menyaksikan lagu ciptaan Ezra Kong bersama Loca B dan Noki itu diangkat sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Naib juara dimenangi lagu ciptaan dan nyanyian penyanyi Aina Abdul berjudul Semalam, manakala lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Belenggu Rindu yang dinyanyikan oleh Datuk Jamal Abdillah bergandingan dengan Wany Hasrita di tempat ketiga.

Mengulas mengenai lagu Gila yang dipilih sebagai juara, Mokhzani berkata, liriknya lebih dekat dengan apa yang berlaku dengan keadaan semasa.

“Walaupun tajuk lagu Gila mungkin kita agak terkejut sikit tapi bila kita lihat kepada intipati liriknya ia merangkumkan apa yang terjadi dalam keadaan terkini.

“Markah lagu Gila sangat dekat dengan lagu Semalam, lagu Semalam dicipta oleh penyanyi sendiri, bila penyanyi mencipta lagu ia akan dicipta mengikut kepada range suaranya dan dia yakin dengan apa yang dinyanyikan, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi