suria

“Benda ini boring, buat peminat tak nak tahu pasal kerjaya saya” - Ariff Bahran muak gosip cinta

PENYANYI Ariff Bahran memberitahu dia tidak mahu dikaitkan lagi dengan gosip cinta dengan mana-mana wanita.

Ariff berpendapat, kisah berkaitan hanya menyebabkan peminat tidak tertarik untuk mengetahui tentang kareer seninya.

“Benda ini dah boring sangat, asal cerita kat saya je nak cinta sebab mereka tak tanya tentang kerja, benda yang kita buat selamanya, compose dan tulis lirik semua benda itu dibelakangkan.

“Last-last orang tidak berminat nak tahu tentang kerja tapi akan berminat kepada benda yang tak ada apa jadi pun sebenarnya.

"Sebagai artis apa yang kami ingin tekankan, tentang projek, lagu benda itu sering dibelakangkan," ujarnya kepada mStar.

Ariff sebelum ini pernah terpalit dengan gosip cinta bersama beberapa selebriti antaranya Sarah Suhairi dan Sissy Iman.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi