suria

‘Neraca’ cara Kmy Kmo, Luca Sickta tegur masyarakat dalam diam - “Sekarang ni benda buruk dah nampak baik di mata orang”

IMPIAN duo Hip Hop Kmy Kmo dan Luca Sickta untuk bergandingan dengan Raja Pop Malasia Datuk Jamal Abdillah akhirnya berjaya direalisasikan menerusi single Neraca.

Kata mereka penyanyi legenda seperti Jamal mempunyai kredibiliti yang dapat memberi impak dalam lagu.

“Jika orang bertanya mengapa memilih Datuk Jamal... soalan kami pula, mengapa tidak?

“Setiap penyanyi legenda yang kami pilih mempunyai impak terhadap genre yang mereka bawa pada masa dulu.

“Kini dia boleh membawa impak sekaligus bereksperimentasi dalam muzik moden, ” katanya kepada mStar.

Bercerita tentang kisah di sebalik lagu, duo ini berkata mereka tidak menyindir mana-mana pihak secara khusus sebaliknya berharap ia memberi mesej positif kepada semua.

“Kali ni kami memilih untuk tegur secara umum, kita usik semua termasuk diri sendiri dan masalah sosial hari ini.

“Apa yang kami lalui dan apa yang kami tengok, dijadikan buah fikiran dalam Neraca.

“Kita berhibur sambil mengajak peminat jaga adab, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi