suria

Selepas tiru Ella, Sharifah Shahirah nak menyanyi cara Janna Nick pula! -”Sebenarnya saya boleh menyanyi… tapi tak sedap”

SELEPAS muncul dalam program Famili Duo di TV3, nama Sharifah Shahirah hangat diperkatakan netizen gara-gara ragamnya ketika menyanyikan lagu Standing In The Eyes of The World dendangan asal Ella.

Ketika bergandingan dengan anak perempuannya, Tallisya, Shahirah atau Shiera seolah-olah berada dalam ‘dunianya’ sendiri hingga membuatkan penonton terhibur.

“Saya bukan penyanyi tapi mereka minta sertai juga... katanya untuk seronok-seronok.

“Lagi pun saya masuk untuk memeriahkan program, belum buka mulut lagi orang dah gelak. Alhamdulillah kalau orang suka, ” katanya kepada mStar.

Selain Shahirah, Famili Duo juga turut disertai oleh penyanyi lain seperti Siti Saerah, Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah, Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana, Lan Solo, Amyza Aznan, Fauzi Nawawi, Amelina, Zarina Zainoordin, Hefny Sahad, Ara Johari, Ezad Lazim, Zamani, Sharif Zero, Atu Zero, Shiha Zikir, Aepul Roza, Leez Rosli, Haziq Hussni, Ifa Raziah dan ramai lagi.

Program itu juga dihoskan oleh Uyaina Arshad manakala Mark Adam dan Didie Alias pula merupakan juri tetap yang dilantik.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi