suria

Farisha Iris tak kisah berkawan dengan ‘sugar baby’ - “Selagi dia tak ganggu kehidupan, tak buat jahat kat kita… saya OK je”

PENYANYI Farisha Iris memberitahu pernah mendengar tentang isu sugar baby dalam kalangan pelajar ketika dia menginap di kolej kediaman universiti tempat dia belajar.

Namun menurut Farisha dia memilih untuk tidak mempedulikan hal itu kerana mengetahui aktiviti berkenaan adalah tidak bermoral.

“Saya sendiri tidak pernah alami tapi ada la rakan-rakan di bilik sebelah ketika duduk kolej duduk cerita fasal sugar baby, sugar daddy. Malah ada juga kawan buat.

“Sebenarnya kita tak boleh ambil tahu sangat fasal hal ni, saya pun tak nak cakap lebih.

“Takut apa-apa yang kita cakap itu reflect kat diri sendiri, jadi saya tak nak cakap apa-apa, ” katanya kepada mStar.

Farisha yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di peringkat Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Perhubungan Awam berkata, dia tidak kisah jika rakannya sendiri terlibat dalam aktiviti berkenaan selagi tidak menganggu kehidupannya.

“Selagi dia baik dengan kita, tak ganggu kita punya kehidupan, saya okay. Asalkan dia tak buat jahat dekat kita, saya tak kisah, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Farisha Iris, Sugar Baby, IPTA, Sugar Daddy,
Semua
Hiburan
Berita
Variasi