suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tak ada wanita yang nak jadi macam ni!” - Lia Natalia sebak kenang kisah kahwin tak jadi, terpaksa senyum dalam duka

PELAKON Lia Natalia memberitahu tujuan dia berkongsi video pre-wedding walaupun perkahwinannya sudahpun dibatalkan adalah kerana mahu memberi semangat kepada wanita yang senasib dengannya.

Ujar Lia, perkahwinan yang terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir bukanlah pengakhiran sebuah kehidupan namun adalah permulaan untuk dia menjadi lebih matang.

“Video pre-wedding tu dah shoot bulan September tahun lalu, saya siarkan juga untuk beri semangat kepada wanita-wanita lain.

“Ini kerana ramai yang mesej dan tanya bagaimana saya kuat, bagaimana boleh happy go lucky, bagaimana boleh nampak macam tak ada masalah, ” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam dalam lagu... pelamin angan Lia Natalia musnah! - “Video pre-wedding, baju dan pelamin semua dah siap, tapi tak jadi kahwin!”

Tambahnya, dia turut berasa sebak ketika sesi rakaman suara latar kerana menyedari tiada wanita yang ingin perkara ini terjadi.

“Tiada wanita nak benda ini terjadi, benda dah rancang tapi tak jadi.

“Saya beranikan diri untuk keluarkan video itu, saya nak semua wanita kuat, jangan cepat putus asa dan teruskan kehidupan, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi