suria

DJ Lin cerita detik di ICU, reda kalau dijemput Ilahi - “Sengsara tu Allah je yang tahu... rasa macam dah nak sampai masa”

PENGALAMAN dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) benar-benar menginsafkan penyampai radio Suria FM iaitu DJ Lin.

Kata DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 45, penyakit alahan yang dialaminya begitu teruk hingga menyukarkan dia untuk bernafas.

“Paling menambahkan masalah apabila saya sesak nafas... saluran pernafasan macam ditutup. Doktor akhirnya buat keputusan untuk hantar saya ke wad ICU selepas tiga hari di wad biasa.

“Ia satu pengalaman yang tak pernah saya lalui, rasa sengsara tu Allah je yang tahu. Sampai rasa macam dah nak sampai (ajal) kot... saya fikir ke arah tu dan mula bersedia, ” katanya kepada mStar.

DJ Lin ditemui di konti radio Suria FM pada hari kedua dia kembali bertugas di slot Suria Cinta pada Selasa lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi