suria

“Korang berebut, Hakim ‘dapat’ Ruhila dulu!” - Muaz Fitri buat penggambaran senyap-senyap demi simpan rahsia Takdir Yang Tertulis

DRAMA Takdir Yang Tertulis terus menjadi perbualan hangat netizen dan penonton sungguh sudah melabuhkan tirai pada Selasa malam.

Rata-rata terkejut apabila mengetahui plot twist pada babak akhir yang memaparkan watak Hakim lakonan Muaz Fitri rupa-rupanya adalah bapa kepada Mika.

Barisan pelakon drama tersebut juga tidak mengetahui plot twist tersebut sehingga episod terakhir ditayangkan.

“Saya memang tak jangka ending episod 15 ada munculnya Hakim.

“Abang Ijat buat skrip on set, kami tak dapat jangka apa yang ada dalam fikiran dia everything boleh berubah, last minute boleh berubah.

“Abang Ijat jumpa saya untuk rahsiakan babak terakhir yang hanya saya sahaja tahu... pelakon semua tak tahu.

“Sebenarnya saya yang merogol Ruhila, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi