suria

“Kalau jadi heroin mesti tak cantik, pelik-pelik!” - Sharifah Sakinah pasrah berwajah buruk dalam drama Aku Yang Kau Gelar Isteri

TAMPIL kelainan daripada kebiasaan, drama Aku Yang Kau Gelar Isteri mula ditayangkan di TV3 menerusi slot Samarinda yang sinonim dengan kisah cinta dan keluarga.

Namun drama ini turut menyelitkan elemen seram yang pasti akan memberi kejutan kepada penonton.

Menurut Shuhaimi Lua selaku pengarah dan penerbit, ini kali pertama dia drama dengan genre seram dan mengambil masa yang agak panjang berbanding mengarah drama lain.

“Ini adalah kali pertama saya buat cerita seram, sebelum ini banyak buat drama berat dan komedi.

“Apabila diberi peluang untuk mengarah cerita seram, saya mengambil masa yang agak lama untuk belajar dan buat pemerhatian.

Dalam pada itu, pelakon Sharifah Sakinah berkata dia tidak kisah apabila perlu mengenakan solekan khas bagi menjayakan drama ini.

“Sebagai pelakon kita kena kental, kena berjam-jam make-up macam ini sebab jadi hantu.

“Cerita ini kita nak bagi kesedaran tentang body shaming yang bukan saja berbadan besar tapi macam watak Laila, masa dulu wajahnya tak cantik.

“Watak Laila ini dia nak jadi cantik, tapi dia pergi jumpa bomoh. Amalan begini masih wujud dalam masyarakat kita. Ada lagi yang percaya kalau nak cantik, nak kaya... kena jumpa bomoh, ” ujarnya kepada mStar.

Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ditayangkan di slot Samarinda TV3 setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.

Tajuk Drama: Aku Yang Kau Gelar Isteri

Produksi: Tanah Beris Film Production

Tarikh tayangan: 17 Februari 2021

Waktu siaran: Isnin - Khamis, 10 malam, Slot Samarinda

Penulis skrip: Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil

Pengurus Produksi: Jamal Salleh

Pengarah: Shuhaimi Lua

Penerbit Eksekutif: Fazrien Ziear

Penerbit: Shuhaimi Lua, Wan Siti Fatimah, Fazrien Ziear

Pelakon: Adi Putra, Nadia Brian, Sharifah Sakinah, Atiq Azman, Lana Nordin, Zaki Azeman, Ummar Dzariff, Laura Olivia, Aznah Hamid, Rosli Rahman Adam, Kuza, Jasper Supayah, Baby Azreen, Puteri Ateeqah Ayu, Zahir Deck, Ferth Jasni, Razali Abdul Ghani, Zaleha Abdul Kadir, Syarafi Sudarmaji, Ariff Amran.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi