suria

Noraniza Idris ‘guna’ Bunga tarik orang muda hayati budaya - “Bukan senang nak tembusi industri macam dulu”

PENYANYI Bunga memberitahu lagu baharunya berjudul Intan Payung duet bersama Noraniza Idris adalah kisah tentang dirinya yang ingin berjaya dalam industri muzik.

Menurut Bunga, sebagai pendatang baharu dalam industri dia memerlukan kekuatan dan dorongan untuk berjaya.

“Dalam lagu ini diceritakan tentang saya yang memerlukan seseorang lebih matang untuk menasihati saya dalam industri muzik.

“Ada yang pandang rendah, mempertikaikan saya dan walaupun perlahan daripada orang lain yang penting saya sampai ke penghujung kejayaan, ” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Isme tak sangka ‘dapat’ Noraniza Idris dalam lagu ‘Intan Payung’ - “Saya memang bayangkan Kak Ani seperti ibu menasihati anak”

Sementara itu menurut Noraniza, melalui kolaborasi ini dia mampu berkongsi kesenian irama Malaysia dengan generasi baharu.

“Melalui kolaborasi ini ia adalah satu peluang untuk saya berkongsi kesenian sebab orang mungkin kenal saya 20 tahun lalu, generasi sekarang belum lahir lagi.

“Saya harap dapat menarik minat mereka melalui Bunga dan saya nampak ia adalah satu peluang yang besar untuk irama budaya berada dalam generasi sekarang, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi