suria

Jamal Abdillah tak ambil tahu siapa saingan AJL35 - “Maaf la... dah tercalon tu, saya cuba nasib je”

PENYANYI Datuk Jamal Abdillah memberitahu dia sedikit gementar menantikan malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) pada 14 Mac nanti.

Ujar Jamal, walaupun sudah lebih 44 tahun berada dalam industri nyanyian, perasaan itu tetap ada setiap kali mahu mengadakan persembahan secara langsung.

“Rasa gementar, gugup tu masih ada... perkara ini ada dalam hidup saya sepanjang menjadi artis, ” katanya kepada mStar.

Jamal yang bakal menyanyikan lagu Belenggu Rindu bersama Wany Hasrita turut mengakui dia tidak tahu siapa saingannya dalam AJL35 nanti.

“Sebenarnya saya dah kurang minat dalam bidang nyanyian, ini terus terang saya cakap saya tak ikuti langsung di radio atau di TV sampai saya tak tahu lagu yang bertanding dengan saya.

“Maaf la bukan apa... ini pun kerana sudah dicalonkan jadi saya cuba nasib. Dalam hati tu nak menanglah tapi kalau kalah pun tak mengapa, ” katanya.

AJL 35 bakal berlangsung pada 14 Mac ini dan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV3.

Sebanyak 12 lagu akan bertanding iaitu Semalam nyanyian Aina Abdul, 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta), Belenggu Rindu (Wany Hasrita, Datuk Jamal Abdillah), Peluang Kedua (Nabila Razali), Hati (Hael Husaini), Hutang (Floor 88), Gila (Kaka Azraff, Noki, Loca B), Eh (Zizi Kirana), Kau Sakiti (Amir Masdi), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter), Gundah (Ernie Zakri) dan Aku Bidadari Syurgamu (Aishah).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Semua
Hiburan
Berita
Variasi