suria

Floor88 tak sabar nak ‘show off’ di AJL35 - “Inilah masanya kami nak menyinar, tak semua dapat peluang ni”

KUMPULAN Floor88 kini memberikan tumpuan yang sepenuhnya untu persiapan akhir ke Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-35.

“Sekarang ni kami menumpuhkan sepenuhnya fokus kepada AJL.

“Bila ada peminat dan netizen telah meletakkan harapan kepada kami untuk menang anugerah.

“Tapi dalam keadaan pandemik kami pula tidak dapat nak all out.

Dalam perkembangan sama. Masing-masing ada perancangan untuk kehidupan peribadi mereka.

“InsyaAllah saya akan melangsungkan pernikahan InsyaAllah hujung tahun ini.

“Saya pula baru mendapat berita gembira akan menjadi seorang bapa, apabila isteri saya disahkan hamil, ” ujar mereka kepada mStar.

Floor88 bakal bersaing dengan 11 lagu lain di pentas AJL35 iaitu Semalam nyanyian Aina Abdul, 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta), Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), Kau Sakiti (Amir Masdi), Belenggu Rindu (Wany Hasrita, Datuk Jamal Abdillah), Gundah (Ernie Zakri), Eh (Zizi Kirana), Peluang Kedua (Nabila Razali), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter), Hati (Hael Husaini) dan Gila (Kaka Azraff, Noki, Loca B).

AJL 35 akan bersiaran langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam tanpa kehadiran penonton selain mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi