suria

Babak ‘naik kaki’, Sheila Mambo mohon jangan marah Janna Nick… “Dia minta maaf, tak rancang buat begini”

Lakonan Janna dan Sheila dalam drama Surat Dari Tuhan jadi bualan.

PELAKON Sheila Mambo meminta penonton agar tidak memarahi aktres Janna Nick susulan babak dia ditendang dalam drama Surat Untuk Tuhan.

Kata Sheila atau Rusilawati Hassan, 60, aksi tersebut tidak dirancang dan Janna sendiri sudah meminta maaf kepadanya selepas melakonkan babak tersebut.

"Jangan marah Janna. Sebaik sahaja (babak) ini habis, dia terus datang peluk saya dan minta maaf berkali-kali. Dia pun tidak rancang untuk buat begini.

"Saya sudah maafkan dia," katanya.

janna

Antara babak yang dilakonkan Sheila dan Janna.

Sheila menulis perkara itu di Instagram berserta paparan video episod ke-14 drama tersebut yang ditayangkan di TV3.

Menurut Shiela, Janna seorang pelakon yang baik hati dan sering menjaganya ketika mereka bersama-sama terlibat dalam pengambaran drama tersebut di Makkah.

"Jangan kecam Janna. Dia anak yang baik. Semasa saya tidak sihat di Makkah dia yang jaga makan dan minum saya," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sheila Mambo lepas geram dengan sikap pelakon baharu tunjuk ‘diva’ - “Naik fed up kena banyak kali take!”

ARTIKEL BERKAITAN: Niat Sheila Mambo ajar cara cuci ‘face mask’ untuk bantu individu kurang mampu - “Saya nak tegur tapi takut aibkan mereka”

Kata Sheila lagi, babak yang dipamerkan dalam drama tersebut tidak mustahil berlaku dalam kalangan masyarakat.

Malah ini juga menjadi satu pengajaran buat semua penonton.

"Semoga babak ini menjadi iktibar pada semua penonton. Realiti kehidupan ada sahaja anak yang derhaka kepada orang tua secara terang dan halus," jelasnya.

Sebelum ini, drama Surat Dari Tuhan mencetuskan kontroversi susulan dialog yang dilemparkan oleh Janna dianggap kurang sesuai ketika berada di Madinah.

Video yang tular tersebut menunjukkan Janna atau nama wataknya iaitu Misha bersumpah tentang kematian ibu mentua ketika berada di Tanah Suci.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain