suria

Estranged bakal adakan konsert, luah hasrat mahu bawa Fazura nyanyi atas pentas

Estranged luahkan hasrat mahu berduet bersama Fazura.

PERNAH berkerjasama menerusi lagu Hancur Aku, kumpulan Estranged meluahkan hasrat ingin bergandingan bersama Nur Fazura dalam konsert mereka yang bakal berlangsung pada Februari tahun depan.

Menurut pemain gitar kumpulan itu iaitu Din Hormatov atau Solihuddin Hormat, pihaknya kini sedang berusaha untuk merealisasikan impian dan menunggu maklum balas Fazura.

"Kalau Fazura dapat sertai pasti akan lebih meriah. Fazura pun termasuk dalam perjalanan muzik kami.

ESTRANGED 1

Estranged semasa sidang media berkenaan konsertnya pada Selasa.

"Buat masa ini kami tak dapat sahkan apa-apa lagi tapi kami memang ada hasrat nak kumpulkan kawan-kawan kami," katanya.

Estranged berkongsi perkara itu menerusi sidang media Estranged Sapa Peminat Dengan Konsert Apa Khabar Teman? yang berlangsung di ibu kota pada Selasa.

Estranged sebelum ini pernah bergandingan bersama Fazura menerusi lagu Hancur Aku pada tahun 2015.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramli MS anggap orang tak beli tiket desak konsert Coldplay dibatalkan, banyak perkara perlu diambil kira

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian sumbang Fazura dapat kecaman, netizen suruh fokus berlakon sahaja

Malah lagu berkenaan juga pernah tersenarai di Separuh Akhir Muzik Muzik ke 31 pada 2016.

Sementara itu, Din berkata mereka juga sudah mempunyai beberapa nama artis yang bakal diundang menjayakan konsert di Persada Johor pada tahun depan.

"Kita akan kongsikan perkara itu secara berperingkat nanti di media sosial kami. Mungkin lima atau empat orang artis akan diundang," ujarnya.

Kalau Fazura dapat sertai pasti akan lebih meriah. Fazura pun termasuk dalam perjalanan muzik kami.

SOLIHUDDIN HORMAT

GITARIS ESTRANGED

Sementara itu, Rich Gimbang selaku vokalis kumpulan itu berkata antara agenda istimewa dalam konsert berkenaan ialah persembahan menggunakan instrumen tradisional dan kebudayaan serta warisan etnik Borneo

"Kami juga sangat teruja untuk memperkenalkan instrumen instrumen tradisional dan kebudayaan serta warisan etnik keluarga Borneo serta sahabat sahabat barisan artis dari Sabah dan Sarawak.

ESTRANGED 2

Estranged ketika ditemui media.

"Ini sesuatu yang sangat istimewa untuk kami tampilkan nanti," katanya.

Tiket Konsert Estranged Apa Khabar Teman? di Persada Johor nanti bakal dijual pada 27 November di Ticket2u bermula dengan harga RM99 sehingga RM300.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain