suria

Berat badan Ariff Bahran turun 9 kilogram, nekad diet sebab tiada stamina ketika menyanyi 

Perbezaan ketara Ariff sebelum dan selepas menyertai FD3.

PENYANYI Ariff Bahran berjaya menurunkan berat badan sebanyak sembilan kilogram hanya dalam masa tiga minggu selepas menyertai program Famili Duo musim ketiga (FD3).

Ariff atau Muhammad Ariff Bahrain Ahmad Azhari, 25, berkata, stamina kurang baik ketika mengadakan persembahan membuatkan dia memilih untuk menurunkan berat badan.

Bagaimanapun Ariff enggan mendedahkan berat badannya sebelum ini namun memberitahu penurunan sembilan kilogram itu membuatkan dia gembira.

"Sejak masuk FD3 saya turun sebanyak sembilan kilogram, bukan sebab tertekan!

Arifff

Ariff nak lebih bertenaga di atas pentas bersama Haqiem.

"Tapi saya turunkan berat badan sebab atas kemahuan diri sendiri dan ingin dapatkan stamina di atas pentas.

"Kalau tidak nanti mengah (tercunggap-cunggap) sebab kita tahu kita kena menari dan berlakon. Benda-benda itu buatkan saya jaga badan," katanya kepada mStar.

Ariff berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas konsert minggu kelima FD3 yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum masuk Famili Duo lagi dia minat”... Ariff Bahran tak kecil hati Mas Idayu asyik puji persembahan Haqiem Rusli

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan dapat pujian Ajai, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran juara minggu kedua Famili Duo 3

Dalam pada itu, Ariff berkata, komen netizen juga membantu dia mengumpul semangat menurunkan berat badan.

"Saya tak koyak dengan komen netizen, cuma kemahuan diri sendiri tapi mulut-mulut 'jahat' ini juga turut membantu," ujarnya.

Pada minggu keenam, Haqiem bersama Ariff Bahran berjaya mendapat kedudukan ketiga dengan markah 47.7 peratus pada minggu keenam.

Sementara itu, Sharif dan Syaiful kekal dengan tempat pertama dengan markah 71.3 peratus sekali gus membawa pulang hadiah mingguan wang tunai sebanyak RM10,000.

IMG_6566

Persembahan Haqiem dan Ariff sentiasa mendapat pujian juri tetap.

Diikuti Tom dan Fuad dengan markah sebanyak 62.9 peratus dan tempat ketiga milik Adira dan Emma Suhaimi (62.8).

Manakala tempat kelima Shila Amzah dan Amir Syahir (45.9) dan Adam dan Ryan Bakery pula berada di tempat keenam dengan markah 45.4 peratus.

FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan aplikasi Tonton.

Finalis akhir FD3 berpeluang merebut hadiah wang tunai utama sebanyak RM100,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain