suria

[V] “Kalau ikut cara lama tak menjadi”… Hafiz mengaku ‘marketing’ warna rambut hijau berjaya naikkan nama

TAMPIL dengan imej rambut berwarna hijau sebelum ini bagi tujuan melancarkan single terbaharu berjudul Terus Bersinar, penyanyi Hafiz Suip mengakui teknik pemasaran secara sensasi itu menjadi untuk menaikkan namanya.

Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 33, berkata tindakannya itu adalah bagi menarik perhatian orang ramai kerana lumrah zaman kini adalah meraih populariti berlandaskan kepada isu sensasi.

"Memang saya tak nafikan saya buat (rambut hijau) untuk mendapat tarikan atau perhatian daripada semua orang. Bukan nak kata apa, ia sudah jadi lumrah sekarang. Semuanya disebabkan sosial media.

Hafiz 2

Hafiz ketika ditemui media.

"Saya mengaku dulu saya tidak berapa sangat dengan sosial media, hanya ada Fcebook dan Instagram. Tetapi sekarang saya kena ada TikTok juga. Sebab benda itu penting untuk kita market diri kita. Publisiti itu satu benda yang power," katanya kepada mStar pada Isnin.

Hafiz memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa majlis pelancaran lagu baharunya yang berjudul Terus Bersinar.

Meskipun mengakui perkara yang dilakukan itu salah di sisi agama, Hafiz menjelaskan tindakan mewarnakan rambut itu hanya atas dasar sebagai seorang penyanyi dan penghibur.

ARTIKEL BERKAITAN: Imej rambut hijau Hafiz Suip terjawab, mahu ‘Terus Bersinar’ selepas lama menyepi

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip selongkar FB jurulatih peribadi cari gambar bersenam, tunjuk bukti punca badan kurus

Hafiz juga sedar sekiranya dia melakukan pemasaran dengan cara tradisional, single terbaharunya itu tidak akan dikenali ramai dan dirinya semakin pudar di dalam industri muzik negara.

"Saya sedar atas perbuatan saya, saya sedar ia salah tapi sekarang ini bercakap dalam dunia hiburan. Saya dilahirkan sebagai seorang penghibur, jadi ini cara saya peroleh publisiti untuk nak kekal relevan.

"Kalau ikut style lama, saya tidak dapat perhatian semua orang. Dan dengan cara ini memang terbukti menjadi,” ujarnya.

Kalau ikut style lama, saya tidak dapat perhatian semua orang.

HAFIZ SUIP

PENYANYI

Hafiz bagaimanapun berkata dia juga akan memastikan setiap publisiti yang dilakukannya itu mengetahui batasan yang ditetapkan.

"Dunia hiburan memang perlukan ini (isu sensasi). Tapi kita kena tahu batas dan hadnya. Kena tahu apa yang boleh buat dan apa yang tidak boleh buat," ujarnya.

Bercerita mengenai single Terus Bersinar terbitan syarikat rakaman Nova Music, Hafiz berkata lagu bergenre balada itu menceritakan mengenai anak-anak yang telah dijaga dan dibesarkan oleh ibu bapa.

Hafiz 1

Hafiz bersama Pengarah Urusan Nova Music, Rosmin Hashim.

Lagu tersebut aalah ciptaan komposer Mas Dewangga dan Jova Devito manakala lirik oleh Datuk Arisz Ab Rahman, Mas Dewangga dan Jova Devito.

"Lagu ini masih lagi bergenrekan balada. Cuma ada sedikit sentuhan alat muzik tradisional Sarawak iaitu Sape, itu pun pada penghujung lagu.

"Masa pemilihan lagu ini, saya dengar lagu ini memang terus tertarik dengan melodi dan lirik. Itu yang membuatkan saya terus bersetuju untuk rakamkan sebagai single terbaru saya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain