HAMPIR dua tahun hidup bersendirian, bekas isteri kepada Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mendedahkan dirinya kini lebih tertarik kepada lelaki yang bijak mengawal pelbagai situasi terutamanya ketika berdepan konflik.Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin, 31, juga berkata dia mengidamkan pasangan hidup yang bukan dalam kalangan industri hiburan. “Dia mestilah seorang yang bijak, tahu kawal situasi terutama bila ada konflik. Bagi saya itu sangat penting.Ira masih lagi mencari pasangan hidup.“Dari segi rupa pula, cukuplah sedap mata memandang. Kalau boleh bukan orang industri, biasa-biasa tetapi ada status juga,” katanya kepada mStar.Ira berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka All Star Influencer yang berlangsung di Kota Damansara, Selangor pada petang Sabtu.Dalam pada itu, Ira mengakui masih belum bertemu jodoh yang sesuai meskipun ada individu yang cuba mendekatinya.“Nak dijadikan isteri itu belum ada lagi. Kalau sekadar nak berkenalan, ada. Kalau kata ramai nanti orang cakap angkat bakul sendiri, jadi saya cakap ada sahajalah.“Saya belum terlalu fokus ke arah itu, tapi bukanlah menolak. Mungkin belum sampai jodoh,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ira Kazar tuntut Syamsul RM3,000 tapi dapat RM200 sajaARTIKEL BERKAITAN: [V] Pintu hati Ira Kazar belum tertutup soal jodoh, mahu cari lelaki ‘biasa’ sebagai pasangan hidupTambah Ira lagi, dia tidak serik untuk kembali mendirikan rumah tangga, namun kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.Katanya, pengalaman lalu banyak mengajarnya untuk lebih meneliti latar belakang seseorang sebelum membuat keputusan.“Saya tidak serik kerana setiap manusia berbeza. Tak bolehlah anggap semua lelaki sama.“Cuma sekarang saya lebih berhati-hati dan akan tengok latar belakang terlebih dahulu. Dulu mungkin saya tidak terlalu pandang perkara itu, saya anggap kekurangan boleh diterima, tapi sekarang tidak lagi. Perlu pertimbangkan sebaiknya,” jelasnya.Ira tak serik untuk berumah tangga.Untuk rekod, Ira pernah berkahwin dengan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand sebelum mendaftarkan perkahwinan mereka di Perlis pada 20 Januari tahun sama.Namun, perkahwinan tersebut tidak berkekalan apabila mereka sah bercerai pada 5 September 2024.Sebelum itu, Syamsul pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 sebelum berpisah pada 14 Jun tahun lalu.