suria

Persembahan Separuh Akhir AJL40 dikritik kurang memuaskan, Aisha Retno buat keputusan berehat beberapa bulan

Aisha ambil keputusan untuk berehat seketika.

PENYANYI Aisha Retno bakal berehat seketika daripada sebarang aktiviti seni selama beberapa bulan bagi memberikan fokus sepenuhnya terhadap persiapan pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).

Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, mengakui faktor keletihan yang melampau akibat jadual kerja yang terlalu padat menjadi punca persembahannya di peringkat separuh akhir dikritik kurang memuaskan.

"Saya mungkin akan ambil masa berehat untuk beberapa bulan. Sejujurnya sesiapa yang pernah mengikuti saya daripada Disember tahun lalu sampai titik ini saya belum pernah rehat lagi.

"Kalau Allah bagi rezeki kita galas selagi mampu. Apa-apa pun terima kasih atas keprihatinan saya akan cuba sehabis baik. 

Aisha tidak sempat berehat sejak Disember lalu. 

"Mungkin betul, saya kena ambil masa beberapa bulan berehat tetapi dalam masa itu juga saya berkarya jugalah," katanya kepada mStar. 

Aisha berkongsi perkara itut ketika ditemui sejurus tamat pusingan Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM40) di Shah Alam pada Sabtu. 

Mengulas mengenai kritikan netizen yang menyifatkan vokal dan tenaganya kurang memuaskan semasa membawakan lagu Tak Adil di pentas Separuh Akhir AJL40, Aisha memberitahu dia sudah menjangkakan perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun dalam industri seni… Aisha Retno pernah terima ugutan bunuh, face shaming

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat cilik menangis, sempat siapkan lukisan wajah Aisha Retno

Aisha berkata, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak dan menganggap teguran itu sebagai pembakar semangat untuk dia lebih menjaga kesihatan diri pada masa akan datang.

"Saya tak nafikan (penat) dan memang selepas buat persembahan saya dah jangkakan komen begitu dari netizen, saya terima. Memang kepenatan disebabkan semua tahu gelombang Jodoh Lebaran.

"Saya tak salahkan mana-mana pihak, bila diumumkan lolos ke AJL saya terkejut, mungkin juri ada penilaian masing-masing yang lebih profesional. Terima kasih atas keprihatinan semua, kalau perkara ini terjadi lagi mungkin saya kena minum lagi banyak vitamin atau sediakan mental dan fizikal dengan lebih mantap," ujarnya.

Aisha mahu berikan yang terbaik pada AJL40 nanti. 

Untuk rekod, 10 lagu yang berjaya ke pentas AJL40 ialah Cak Cak Cekuk nyanyian Wani Kayrie, Aina Abdul (Kamu), Aisha Retno (Tak Adil), Ryenald Guntabid (Lumangad Oku Dika), Marsha Milan (Tangisan Seorang Pendosa). 

Selain itu ialah lagu Tiwikarma nyanyian kumpulan K.O.I turut tersenarai selain Amir Masdi menerusi (Nurcinta), Dayang Nurfaizah (Lemah), Hazama (Semacam Pandora), Luca Sickta, Kmy Kmo dan Salammusik (Ke Mana Ni).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain