suria

Dah dapat ‘green light’… Zairi Aziz okay saja dipanggil ‘adik Nasha Aziz’

Zairi dan Nasha adik beradik berlainan ibu.

PELAKON Zairi Aziz tidak kisah jika namanya terus dikaitkan dengan kakaknya yang juga merupakan aktres terkenal iaitu Nasha Aziz.

Menurut Zairi, 24, perkara itu sudah diketahui ramai dan menjadi kebiasaan netizen mengaitkan dirinya dengan Nasha.

“Ada saja… kalau saya post apa-apa pun, nanti orang akan kata ‘adik Nasha Aziz’, tapi saya okay saja,” katanya kepada mStar.

Zairi bangga ada kakak seperti Nasha Aziz.

Malah, Zairi memberitahu dia sendiri pernah bertemu dengan Nasha bagi membincangkan perkara tersebut dan menerima reaksi positif daripada aktres berkenaan.

“Saya pernah berjumpa dengannya dan dia kata, ‘akak okay, akak terima’.

“Bila kakak sendiri sudah beri ‘green light’, takkan saya pula tak okay? Cakaplah apa pun, saya tetap okay kalau dipanggil adik Nasha Aziz,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zairi Aziz tak berubah walaupun dah popular, pilih raya cara sederhana

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video seakan-akan bercium, Zairi Aziz mengaku kontroversi jejaskan mental

Dalam pada itu, Zairi melihat situasi berkenaan sebagai satu kelebihan buat dirinya untuk terus dikenali dalam industri seni, meskipun sudah mempunyai beberapa naskhah yang membantu menaikkan namanya.

Sementara itu, Zairi yang muncul dalam drama bersiri Dorm 403 menyifatkan naskhah tersebut sebagai antara karya yang mencabar buat dirinya.

“Ada satu babak tragedi, saya kena tumbuk betul-betul sampai berdarah. Tapi bagi saya itu pengalaman yang sangat berharga,” katanya.

Selain Zairi, drama tersebut turut dibintangi Muaz Zabir, Dida Qirana, Putri Aleeya Antasha dan Dynas Mokthar.

Artikel Lain