ANAK kepada Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab iaitu Nasir menyelar kenyataan penyanyi Uji Rashid yang didakwa mengeluarkan cerita tidak benar berkenaan bapanya dalam sebuah podcast.Menurut Nasir, 64, dakwaan tersebut bukan sahaja tidak tepat, malah menggores hati seluruh ahli keluarga. "Sebagai keluarga, kami memang terasa dengan apa yang diperkatakan. Sepatutnya perkara seperti itu tidak berlaku kerana ia tidak benar."Orang akan lebih hormat jika bercakap perkara yang betul. Saya sendiri tidak faham kenapa perlu mereka-reka cerita seperti itu," katanya kepada mStar.Nasir tidak mahu kenyataan Uji menimbulkan salah faham ramai. Nasir berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Buku Sentuhan Emas Lagu-Lagu Terbitan Allahyarham Tan Sri Dr Ahmad Nawab di Kuala Lumpur.Sebelum ini, Uji menerusi satu temu bual podcast mendedahkan pengalaman bekerjasama dengan beberapa figura besar industri muzik tanah air termasuklah Allahyarham Ahmad Nawab.Uji juga mendakwa komposer berkenaan pernah menyifatkan dirinya sebagai penyanyi yang tidak mengenang budi, sekali gus memberi gambaran hubungan mereka tidak begitu baik.Dalam hal ini, Nasir berpendapat kenyataan yang dibuat bukan sahaja memberi tanggapan negatif terhadap arwah bapanya, malah turut mengaitkan beberapa nama besar lain yang telah meninggal dunia.ARTIKEL BERKAITAN: Tokoh muzik legenda Ahmad Nawab meninggal dunia pada usia 92 tahun ARTIKEL BERKAITAN: Seperti kehilangan bapa sendiri, Ramlah Ram kenang jasa Ahmad Nawab bentuknya sebagai penyanyi"Tindakan itu seolah-olah membuka aib orang yang telah meninggal dunia. Bukan sahaja bapa saya, malah nama beberapa artis lain seperti Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan Broery Marantika turut disebut."Bagaimana hendak memperbetulkan keadaan sedangkan mereka semua sudah tiada untuk menjawab? Jadi janganlah bercakap perkara yang tidak benar," ujarnya.Dalam masa sama, Nasir berkata ramai mengetahui jasa besar arwah dalam membantu menaikkan nama penyanyi termasuklah Uji Rashid sendiri.Malah katanya, lagu Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu antara karya yang memberi impak besar, namun kisah di sebalik lagu itu didakwa telah diputarbelitkan.Ahmad Nawab meninggal dunia pada November 2024. "Memang ada kisah di sebalik lagu itu, tetapi apa yang diceritakan sudah diputarbelitkan," jelasnya.Sementara itu, Nasir memberitahu pihak podcast berkenaan ada menjemputnya untuk memberikan penjelasan balas, namun dia memilih untuk tidak memanjangkan isu tersebut."Saya tidak nampak keperluan untuk memanjangkan isu ini. Bagi saya, tiada manfaat untuk terus membesar-besarkan perkara ini."Saya cuma harap isu ini tidak diperbesarkan lagi. Biarlah ia diselesaikan secara baik tanpa menimbulkan lebih banyak salah faham," luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube