MENGHIDAP penyakit kronik pada paru-paru membuatkan penyanyi Jamilul Hayat perlu berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.Jamilul Hayat atau nama sebenarnya Hayat Abdillah Mohd Ali, 65, bagaimanapun memberitahu buat masa ini dia memilih untuk menangguhkan rawatan bagi memberi tumpuan menguruskan anaknya iaitu Hussain yang sedang bersaing dalam program nyanyian Talk To My Manager musim kedua 2 (TTMM). "Saya mengalami masalah paru-paru tahap empat dan keadaan saya amat kritikal sebenarnya. Tapi saya tetap semangat berkorban untuk anak.Jamilul setia menemani anaknya. "Saya selepas ini akan menyusun kembali jadual rawatan di hospital. Saya tak nak ditahan di wad, cuma selesaikan urusan pertandingan ini dahulu."Memanglah nyawa adalah lebih penting. Tetapi apalah salahnya saya berkorban untuk anak saya," katanya kepada mStar.Jamalul Hayat berkongsi perkara itu selepas konsert minggu pertama TTMM2 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Ahad.ARTIKEL BERKAITAN: Jamilul Hayat Pernah Disangka Sudah Meninggal DuniaARTIKEL BERKAITAN: Anak Ahmad Nawab dakwa Uji Rashid putar belit cerita - “Jangan buka aib orang dah tiada”Sementara itu, anaknya yang juga peserta TTMM2 iaitu Hussain pula berharap bapanya dapat menemani dirinya setiap minggu di pertandingan itu."Saya doakan bapa saya dapat menghadirkan diri."Kalau tak dapat hadir latihan tapi pergi ke hari persembahan pada Ahad pun sudah cukup. Itu saja yang saya minta. InsyaAllah bapa saya okay," ujarnya.Hussain janji persembahan terbaik di pentas TTMM2. Bercakap mengenai penyertaannya dalam program ini, Hussain memberitahu dia memilih menghabiskan pembelajaran dahulu sebelum dibenarkan menyertai pertandingan itu. "Saya selesaikan pembelajaran, kemudian barulah bapa benarkan saya masuk pertandingan ini."Sebelum ini saya pernah dua kali mencuba, satu di Suke TV manakala satu lagi dalam One In A Million. Itupun saja cuba nasib sahaja," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!