suria

Ellie Suriaty mohon berhenti panggil ‘retis’, anggap jatuhkan maruah anak seni

Ellie mohon netizen berhenti menggelarkan artis sebagai retis.

PELAKON Ellie Suriaty menegur sikap segelintir netizen menggunakan gelaran 'retis' terhadap penggiat seni yang disifatkannya sebagai tidak wajar. 

Ellie atau Ellie Suriaty Omar, 56, berpandangan gelaran tersebut merupakan satu penghinaan dan bentuk ejekan yang boleh menjatuhkan maruah artis.

Malah Ellie berkata panggilan itu seolah-olah memperlekehkan usaha serta sumbangan penggiat seni dalam industri kreatif.

Perkongsian Ellie di Instagram miliknya.

Perkongsian Ellie di Instagram miliknya.

"Dalam industri seni kreatif, tiada istilah pekerjaan 'retis'. Retis tu apa? 

"Bagi saya seorang penggiat seni industri kreatif, rujukan artis sebagai 'retis' adalah satu ejekan yang menjatuhkan maruah insan seni. 

"Jangan panggil kami artis," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ellie Suriaty puji Kamal Adli, mulut sentiasa sebut nama isteri... “Dia sangat baik”

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan panggil kami ‘retis’, itu satu penghinaan” - Adibah Noor, Jihan Muse

Ellie berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin. 

Dalam pada itu, Ellie menegaskan bahawa golongan penggiat seni tidak pernah memandang rendah terhadap pekerjaan orang lain dan berharap masyarakat turut menghormati kerjaya mereka.

"Kami tidak pernah terfikir mahu menyakitkan hati hamba-hamba Allah yang lain dengan pekerjaan mereka. 

Ellie menganggap panggilan retis menjatuhkan maruah anak seni.

Ellie menganggap panggilan retis menjatuhkan maruah anak seni.

"Mengapa perlu kamu? (netizen yang memanggil artis sebagai retis)," ujarnya. 

Pada 2018, penyanyi Allahyarham Adibah Noor juga pernah menegur seorang netizen yang memberi gelaran retis bagi merujuk kepada artis di Malaysia. 

Menurut Adibah, istilah itu bersifat menghina dan digunakan untuk merendahkan golongan artis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain