suria

Jangan salah anggap, Ameng dan Azeva tak pernah putus hubungan!

Persembahan bertenaga Azeva dan Ameng.

KEMUNCULAN penyanyi Ameng Spring bersama anaknya, Azeva,  minggu pertama pentas Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) Ahad lalu, mencuri tumpuan kerana ramai menyangka ia pertemuan pertama mereka selepas Ameng bercerai dengan Datuk A Aida.

Dalam satu temubual selepas rancangan itu, A Aida berkata, anaknya kurang mendapat kasih sayang seorang bapa pada awal perpisahan dengan Ameng. 

Menjelaskan hal berkenaan, Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail, 57, berkata hubungannya dengan anak-anak sentiasa dalam keadaan baik dan mereka pernah sahaja berjumpa sebelum ini.

Azeva tidak dapat menahan sebak dapat membuat persembahan bersama bapanya. 

"Memanglah pertama kali kami membuat persembahan bersama, namun bukanlah pertama kali berjumpa selepas saya bercerai dengan ibunya.

"Kami sentiasa berhubung. Sekarang ini pun zaman sudah canggih. Jika tidak bersemuka, kami akan membuat panggilan video.

"Ada yang salah anggap hubungan kami bermasalah, sebenarnya tidak. Kami baik-baik sahaja. Cuma Azeva memang tinggal bersama bekas isteri," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Adira tak halang bekas suami datang sokong TTMM2, mahu elak drama demi anak 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hidap masalah paru-paru kronik, Jamilul Hayat sanggup berkorban demi Hussain... Mahu selesaikan TTMM2 terlebih dahulu

Ameng diminta mengulas hubungan dia dengan anaknya itu selepas Azeva meluahkan rasa sebak dapat berkongsi pentas bersama ayahnya selepas lama terpisah. 

Dalam TTMM itu, Ameng muncul mengiringi persembahan Azeva dengan bermain gitar menerusi  lagu berjudul Sejiwa yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Spring.

Ketika berada di atas pentas, Azeva juga dilihat tidak dapat menahan sebak sambil mengucapkan penghargaan buat Ameng kerana sudi memberi sokongan terhadapnya.

Kami baik-baik sahaja

AMENG SPRING

PENYANYI

Bercakap lanjut, Ameng menegaskan kemunculannya pada minggu pertama itu bukanlah berniat untuk mencuri perhatian ramai sehingga menenggelamkan nama A. Aida yang bertindak sebagai 'manager'.

"Saya dah masuk program ini tahun ini. Jadi tahun ini biarlah tumpuan diberikan kepada A. Aida. Saya tak nak curi perhatian ramai.

"Biarpun idea asal untuk memperkenalkan Azeva yang juga mewarisi bakat Ameng, namun saya tidak mahu perkara itu menjadi bualan.

A Aida bertindak sebagai pengurus kepada Azeva dalam TTMM2. 

"Saya juga tidak akan terlibat sehingga tamat program. Namun, jika Azeva perlukan bantuan, saya sentiasa ada," ujarnya.

Untuk rekod, Azeva atau Wan Azeva Natassha, 25, merupakan anak kedua hasil perkahwinan Ameng bersama A. Aida. Mereka berkahwin  pada 1993 dan mereka sah bercerai pada 2004.

Selain Azeva, mereka juga mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinan itu iaitu Wan As Aleesa, 30. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain