“Jangan panggil kami ‘retis’, itu satu penghinaan” - Adibah Noor, Jihan Muse - Hiburan | mStar

“Jangan panggil kami ‘retis’, itu satu penghinaan” - Adibah Noor, Jihan Muse

Panggilan retis satu penghinaan.

PENYANYI Adibah Noor menegur seorang netizen yang memberi gelaran retis bagi merujuk kepada artis di Malaysia.

Adibah berkata, gelaran itu adalah satu penghinaan dan cara untuk merendahkan gelaran tersebut.

"Mula-mula saya kena betulkan awak dulu. Jangan panggil kami retis, itu adalah satu penghinaan.

"Retis is a downgrading (merendahkan) ia adalah cara untuk merendah-rendahkan gelaran artis," ujarnya.

Jihan menyokong kenyataan Adibah Noor.

Tambah Adibah, retis hanyalah perkataan yang dicipta netizen untuk menghina artis seperti dirinya.

Dalam pada itu, pelawak dan pengacara Jihan Muse turut menyokong kenyataan itu dan menganggap perkataan itu tidak pernah wujud.

Katanya, pekerja dalam bidang seni adalah artis yang diambil daripada perkataan art iaitu seni.

"Lagi dipanggil retis. Perkataan retis tidak pernah wujud ye. Retis tu dicipta netizen dan disambut oleh netizen lalu dihebahkan juga oleh netizen.

"Pekerja dan pelaku seni adalah Artist. Nama pun art. Bak kata Arif Bahran I can't brain this," ujarnya.

Selain itu, beberapa artis lain iaitu Nabila Huda, Farah Fauzana dan Ariff Bahran turut bersetuju dengan kenyataan itu.

Jihan Muse , Adibah Noor

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain