suria

Nina Iskandar mengaku tak dapat kontrol nafsu makan

Nina tak kisah pertambahan berat badan. Foto Instagram @ninaiskandar

PELAKON Nina Iskandar menyedari perubahan tubuh badannya yang kelihatan lebih berisi berbanding ketika berlakon dalam drama Cinta Bukan Kristal (CBK).

Menurut Nina, 27, berat badannya bertambah beberapa kilogram disebabkan dia tidak mampu mengawal nafsu makan.

"Saya sedar berat badan dah naik, saya tak nafi ini semua disebabkan kuat makan. Kalau stres di set penggambaran memang saya akan cari peluang makan.

"Sebelum penggambaran CBK, saya turun tujuh kilogram tapi selepas raya... makan pun dah tak jaga, berat badan pun naik semula.

Nina Iskandar tak kisah tentang saiz badan.

"Mungkin itu sebab badan berisi sedikit ni, tapi saya okay sahaja," katanya kepada mStar Online.

Nina ditemui semasa tayangan episod akhir drama bersiri Cinta Bukan Kristal yang diadakan di Damansara Performing Arts Center (DPAC), baru-baru ini.

Sementara itu, aktres berasal Brunei ini tidak kisah dengan pertambahan berat badan tersebut kerana dia tidak menghadapi kesukaran untuk menurunkan semula.

Nina bersama Ayda Jebat dan Sharnaaz Ahmad dalam drama Cinta Bukan Kristal.

Ujarnya, dia masih selesa dengan bentuk tubuhnya itu dan belum tiba waktu untuk dia kembali mengamalkan diet menguruskan badan.

"Saya selesa dengan saiz begini dan tak peduli orang nak cakap apa sebab berat badan saya ni cepat naik dan turun.

"Kalau saya rasa nak diet, esok juga saya diet tapi ikut mood, bila tiba-tiba rasa nak diet dan bersenam, saya buat!

"Kalau nak tahu saya boleh kurangkan berat badan sebanyak tiga kilogram dalam masa seminggu, jadi isu saiz badan ni bukan masalah besar untuk saya," katanya.

Nina Iskandar

Artikel Lain