suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Individu itu tak sunat, bukan saya” - Aeril Zafrel komen foto lucah mirip dirinya

Aeril bersumpah individu dalam foto itu bukan dirinya.

PELAKON Aeril Zafrel menafikan foto lucah yang tersebar di laman sosial Twitter sejak Ahad adalah dirinya.

Aeril berkata, perkara memalukan itu hanyalah fitnah untuk mengaibkan dirinya.

"Ini gambar penuh yang diberikan seorang wartawan kepada saya dan dikatakan tular dari semalam.

"Cubaan keji yang cuba mengaitkan saya dengan keaiban yang dangkal ini," tulisnya di Instagram.

Aeril memuat naik foto itu di laman sosial miliknya pada Isnin.

Aeril turut memuat naik foto yang memperlihatkan seorang lelaki dalam keadaan bogel dan menampakkan alat sulit di laman sosial Instagram miliknya pada Isnin.

Pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap ini turut bersumpah bahawa individu dalam foto berkenaan bukan dirinya, malah berharap pihak yang berbuat fitnah itu menerima balasan Allah.

"Wawollahi Watallohi Wabillahi itu bukan saya. Biarlah Allah yang memberi balasan pada yang berterusan berniat atas fitnah ini.

"Sunat pun tak lagi yang dalam gambar tu. Maaf terpaksa tidak blurkan yang sepatutnya sebagai bukti tak sunat," ujarnya.

Sementara itu, beberapa individu di laman sosial yang seiras dengan pelakon berkenaan turut dikaitkan dengan foto berkenaan.

Aeril Zafrel

Artikel Berikut

Artikel Lain